Keganasan terhadap umat Islam di India semakin meningkat
semenjak pelantikan Narendra Modi sebagai PM pada pertengahan tahun 2014.
Menurut Human Rights Watch (HRW) umat Islam di India sukar
mendapatkan keadilan bagi kezaliman yang terjadi akan tetapi keadaan ini
berbeza jika sesuatu dilakukan ke atas seekor lembu.
Polis sering memfailkan aduan terhadap mangsa, saudara-mara
mangsa, dan rakan-rakan di bawah undang-undang yang mengharamkan penyembelihan
lembu.
Terdapat juga insiden-insiden di mana pelampau-pelampau
Hindu merogol beramai-ramai wanita Islam dan seterusnya membunuh mereka kerana
semata-mata tuduhan sedang memakan daging lembu di rumah.
Rogol beramai-ramai dan pembunuhan di Haryana melibatkan
orang yang dituduh oleh penyerang atas dakwaan memakan daging lembu dirumah.
Namun demikian, kes-kes yang melibatkan penganiayaan
terhadap haiwan seperti lembu, cepat dan mudah pula dibela oleh sistem
perundangan di India.
Jauh lebih pantas berbanding manusia!
Nampaknya, di negara yang disanjung sesetengah tokoh negara
ini sebagai contoh negara terbaik dunia, seekor lembu lebih cepat mendapat
pembelaan berbanding dengan seorang manusia.
No comments:
Post a Comment