Monday, 29 May 2017

'MAAF YE, KAMI BERASA KESAL DI ATAS APA YANG TELAH BERLAKU!'


Tindakan  The Star yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan ibadah solat dengan tajuk ‘Malaysian Terrorist Leader’ adalah perbuatan sangat biadab.

Ini bukan pertama kali tindakan perlecehan agama dan sentimen kaum dilakukan secara terbuka dan berani.

Nanyang Siang Pau sebelum ini telah mempersenda Presiden PAS dengan menggunakan karikatur seekor monyet berserban dan telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

The Star bagaimanapun gagal mempelajarinya dan masih mengulangi kesilapan serupa malah nampak makin berani dan nekad.

Permohonan maaf setelah insiden serupa berlaku juga merupakan satu lagi siri penghinaan yang dirancang.

Sampai bila kesabaran umat Islam mahu diuji sedemikian rupa?

Kesabaran umat Islam terus-menerus dicabar melalui provokasi yang melampau.

Sikap mereka yang melebihi had dalam mempersenda umat Islam seolah-olah satu tindakan yang terancang.

Bila umat Islam bertindak, akhirnya mereka yang dituduh sebagai pelampau!

Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani isu sebegini.

Berhentilah daripada melakukan sebarang percubaan untuk menguji kesabaran umat Islam.

Jangan terus mencetuskan provokasi kerana provokasi itu tidak selamanya memberi keuntungan kepada mereka.

Usahlah  mengambil sikap sama seperti DAP yang mengeksploitasi isu untuk 'berdakwah' ke arah fahaman liberal.

Mengambil contoh provokasi biadap yang dilakukan oleh Pegawai Penerangan KM PP, Zaidi Ahmad, yang dilihat sengaja mahu menimbulkan ketegangan di kalangan peserta demonstrasi sehingga mencetus kontroversi pada Majlis Himpunan Aman yang diadakan selepas solat Jumaat di luar Masjid Simpang Enam, PP minggu lepas.

Dan peristiwa pemandu Camry putih dipukul ahli jamaah disebabkan provokasi keterlaluan ketika umat Islam sedang menunaikan Solat Jumaat pada bulan lalu.

Ntah, dah berapa ribu kali umat Islam dijadikan kambing hitam di negara ini?

Kes diklasifikasi sebagai selesai apabila mengucapkan perkataan 'MAAF YE, KAMI BERASA KESAL DI ATAS APA YANG TELAH BERLAKU!'

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...