Almost Half of Chinese surveyed want to emigrate iaitu sebuah artikel yang telah diterbitkan pada 6 Mei 2017 oleh Free Malaysia Today (FMT).
Artikel FMT ini memetik sebuah kajian yang baru-baru ini dijalankan oleh Universiti Oxford yang dibiayai oleh CIMB Foundation.
memang menjengkelkan untuk dibaca.
Aku hanya menulis berdasarkan artikel ini kerana tidak ada akses kepada laporan penuh kajian tersebut.
Apakah niat sebenar kajian ini dan kenapa ianya dijalankan.
Aku bukan bertindak perkauman.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh FMT, adalah jelas bahawa masyarakat Cina tidak berpuas hati memandangkan terdapatnya anggapan ketidakadilan di negara ini.
Cuba berfikir panjang!
Myanmar enggan memberikan taraf kerakyatan kepada Rohingya.
Australia dengan ‘Polisi Australia Putih’.
Zimbabwe dengan komuniti Kulit Putih ditindas.
Brunei dengan komuniti Cina tanpa kerakyatan.
Israel dengan polisi 'Satu Israel' @ 'Hanya Bangsa Israel'
Britain dengan Brexit.
AS dengan NWO.
Dan banyak lagi kepura-puraan berlaku di dunia ini.
Pendapat ku, Malaysia bukanlah utopia negara sempurna.
Namun usaha sentiasa dilakukan untuk memperbaiki keadaan secara saksama.
Siapa yang berusaha lebih, dia akan berjaya!
Lihatlah realitinya pada hari ini!
Siapa yang lebih berjaya?
Cuba lihat kepada sistem yang paling asas dan menjadi teras kepada semua sistem yang terlahir di ketika ini.
Malaysia merupakan satu-satu negara di seluruh alam maya ini yang membenarkan sistem sekolah vernacular.
Bukankah itu namanya keadilan yang paling saksama?
Sebetulnya, terdapat garis halus yang memisahkan kepura-puraan kononnya mereka menanggung penindasan.
No comments:
Post a Comment