Friday, 29 July 2016

Star vs Superstar

Mulanya ramai yang kutuk, akhirnya pasukan hebat dan gelemer
seperti Jerman dan Prancis 'bungkus'. Walau bagaimanapun Italia tatap!.
Satu kerugian bagi mana-mana pemain di Malaysia ketika semua pemain bertaraf ‘superstar’ di seluruh dunia 'gila' untuk menyarung jersi negara masing-masing kerana menjadi kebanggaan buat diri serta sifat patriotik.

Menjadi lumrah mereka yang bernama pemain bolasepak, peluang menyarung jersi pasukan kebangsaan merupakan satu anugerah di sepanjang penglibatan mereka. Walaupun cedera dan serba kekurangan, mereka tetap hendak bermain untuk negara mereka.

Satu masa dahulu, Romerio seorang pemain lagenda Brazil menangis teresak-esak di hadapan wartawan kerana tidak tersenarai dalam skuad kebangsaan. Beliau menangis sambil merayu supaya nama beliau tidak digugurkan, begitulah realitinya.

Begitu juga dengan beberapa pemain bertaraf ‘superstar’ yang lain  seperti Deigo Maradona (Argentina), Frank Lebouf (Fran), Nakamura (Japan), Alexis Lalas (USA) dan beberapa superstar lagi. 

Begitulah manteliti sebenar ‘superstar’ bukan sekadar 'star'. Susah, senang, kalah, menang, hidup dan mati demi pasukan kebangsaan.

Boleh sahaja mereka menolak pelawaan pasukan kebangsaan, kerana mereka dah pun menempa kemasyhuran dan mempunyai pasukan kelab yang hebat serta pendapatan lumayan, tetapi jiwa mereka tetap pada pasukan kebangsaan masing-masing.

Berikutan bebrapa pemain ‘star’ di dalam pasukan Harimau Malaysia yang mengumumkan persaraan ketika tenaga mereka masih ditagih, FAM perlu segera mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk melihat keadaan dalam kem skuad kebangsaan yang menyebabkan wujudnya krisis seperti dialami ketika ini.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena dan perlukan kajian menyeluruh sebab kebiasaannya jika mahu bersara paling tidak jumpa coach dahulu untuk maklumkan pengunduran. Mungkin ada pandangan yang akan diberi kerana sebagai pemain mereka bermain untuk negara dan untuk maruah.

FAM perlu tubuh jawatankuasa bebas untuk kaji perkara terbabit bagi memastikan 'penyakit' itu tidak merebak dan berjangkit kepada ‘star-star’ lain. Jika ramai ‘star’ buat perkara yang sama, suatu hari nanti, Malaysia akan diwakili pasukan bertaraf kampungan.

Ini bukan perkara yang boleh diambil mudah oleh pengurusan FAM. Berikan perhatian segera agar maruah pasukan negara tidak tercemar atau lebih baik hantar sahaja pasukan sekolah mewakili negara, kena belasah 10 : 0 pun tak le malu sangat! 

Kagum terhadap keazaman Ronaldo CR7, walaupun tercedera namun terus cuba berjuang demi maruah Portugal! 

Carilah titik persamaannya!


Dalam kemelut konfrantasi membabitkan TMJ dengan FAM, tidak menampakkan tanda-tanda isu ini akan berakhir.


Setelah melemparkan dakwaan serius berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa di dalam FAM, TMJ enggan pula menyerahkan bukti yang diperolehi.

Itulah yang ditegaskan dalam kenyataan terbaru TMJ yang turut menyaksikan keritikan kepada pihak-pihak lain termasuk penglibatan Felda dalam liga nasional.

Adalah tidak adil bagi mana-mana pihak melemparkan dakwaan tanpa pihak yang dituduh membela diri.

Reputasi orang di dalam FAM terjejas teruk dan TMJ tidak seharusnya lepas tangan selepas dakwaan tersebut.

Sama ada ianya anak bangsawan sehingga rakyat jelata, semua manusia mempunyai maruah dan semua tidak terkecuali daripada prinsip keadilan, 

Tidak salah mengkritik tetapi biarlah berasas supaya tidak memudaratkan dan membawa aib kepada pihak yang dikritik.

Semua pihak harus mengambil sikap yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian agar tiada sesiapa kelihatan menjadi mangsa dan pemangsa.

Seperti apa yang disentuh oleh TMJ tenatang kehebatan JDT, dan saya adalah peminat setia pasukan kesayangan ini dan amat menyanjung dan kagum apa yang telah dilakukan oleh tuanku.

Namun ianya tidak boleh disamakan dengan pasukan-pasukan kerdil dalam Liga M yang lain, kerana mereka hanya mempunyai sumber dana yang kecil dan terhad untuk terus servive. Jika pasukan-pasukan kerdil ini 'pupus' Liga M akan hilanglah kemeriahannya kerana hanya pasukan yang kaya sahaja akan mendominasi seperti tahun-tahun 70 dan 80an dahulu, asyek-asyek Selangor vs Singapura.

Kejayaan sesebuah pasukan mewah umpama ManU, Real Madrid, Barca, Bryan Munich pasti tidak asing, tetapi pasukan yang berbelanja rendah masih mampu menempa kejayaan gemilang seperti Lancaster.

Ianya lagi signifikan dan lebih hebat dan itu sepatutnya menjadi falsafah FAM dan pasukan-pasukan kerdil di bawah gabungannya. Ukurlah baju di badan sendiri, berbelanjalah mengikut kemampuan pasukan supaya akhirnya tidak menyusahkan semua orang.


Bagi pegawai-pegawai di dalam FAM, janganlah jadi bodoh sombong tidak mahu menerima pendapat ahli-ahli di bawah gabungan atau asyek 'menghukum Sang Nadim'!


Ambil idea yang baik dan singkirkanlah idea yang telah out of date dan orang lain dah buang dalam tong sampah!

Diharap, semoga kemelut ini tidak berpanjangan dan carilah titik persamaan demi kemajuan bola sepak Malaysia yang semakin suram dan penuh dengan ‘pergaduhan’ dari dulu sehingga kini, dan mudah-mudahan bukan selamanya.

Semoga Harimau Malaysia dan Harimau Selatan sama-sama bertambah roarnya!!!!!.   

Mencapai Keluruhan Budi

 

Masyarakat kita sangat pantas respon terhadap salah laku guru. Tetapi bagaimanakah dengan kesalahan kita, terhadap anak sendiri? Mungkin kita bersikap "Anak aku, apa hal kau nak peduli!”.

Buku Mencapai Keluruhan Budi oleh Za’ba, mengupas tentang sikap ‘kita’.

“Kita sangat marah jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’ itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”

“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka. Sama ada kurang ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita kecil-kecil.”

“Rumah itulah sekolah yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal pertama sekali.”

“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila ia telah besar kelak.”

“Misalnya jika di sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor, ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam sekolah itu?”

Renung-renungkan lah!


Friday, 22 July 2016

Islam bukan agama silap mata @ magik tetapi agama yang realistik dan priktikal.


Islam agama priktikal serta agama buat kerja, bukan agama cakap-cakap.

Islam menganjurkan penganutnya menanam pokok jika ada benih di tangan walaupun besok akan berlaku kiamat.

Thursday, 21 July 2016

Malay Sketches 1875


Malay Sketches 1875, karya Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut prespektif dan pengalaman peribadi beliau.

Beliau berada di Tanah Melayu bermula dari tahun 1871. Pandangan beliau tentang orang Melayu ini telah diulas di dalam chapter pertama buku ini.

Chapter pertama The Real Malay dalam naskah beliau ini boleh disimpulkan bahawa orang Melayu yang digambar olehnya adalah hasil pengalaman beliau hidup di alam Melayu selama 24 tahun.

Friday, 15 July 2016

Di belakang rumah kita ada ribut menanti masa untuk membadai.



Ketika rakyat Malaysia menyangka bahawa lanskap politik nasional sudah cukup ganas berkocak tatkala ini, rupa-rupanya di ‘belakang rumah’ ada ribut yang lebih dahsyat, menanti masa membadai.

Tanpa kita sedari, krisis pertikaian antara pelbagai negara termasuklah Malaysia sendiri di Laut Cina Selatan semakin rancak berlaku, dan mula menunjukkan pelbagai perkembangan yang sepatutnya menggusarkan kita.

Hari demi hari berlalu, tiada tanda bahawa ketegangan perseteruan antara US dan China dalam membina pengaruh mereka di kawasan Laut Cina Selatan akan mereda. Malah dalam perkembangan terkini, pergerakan kedua-dua belah pihak kelihatan semakin agresif dalam menunjukkan taring ketenteraan mereka.

US giat mengarahkan kapal-kapal tentera mereka masuk ke perairan Laut Cina Selatan, selain mula meletakkan strategic bombers di pengkalan di Australia.

China sudahpun membina pengkalan tentera di kepulauan Paracel sejak beberapa tahun lepas, mengejutkan ramai pihak apabila mereka dilaporkan sudahpun menghantar HQ-9 anti-air missiles di kepulauan tersebut.

Meskipun kedua-dua kuasa besar tersebut memberi kenyataan bahawa aktiviti ketenteraan bukanlah pilihan mereka dalam isu pertikaian di Laut Cina Selatan, pergerakan yang sedang berlaku kelihatan sebaliknya.

Di dalam sebuah penerbitan Council on Foreign Relations berkenaan pertembungan antara US dan China di Laut China Selatan, pertembungan secara bersenjata atau secara ketenteraan disebut sebagai sebuah situasi yang tinggi kemungkinannya untuk berlaku.

Menurut penerbitan tersebut, berdasarkan situasi sedia ada, terdapat sekurang-kurangnya tiga pertembungan bersenjata yang mungkin berlaku:
  • US dengan China - Berdasarkan perkembangan sekarang, sebarang kesilapan kecil atau salah faham di peringkat politik boleh menjadi punca untuk pertembungan ini meletus. Krisis politik yang besar boleh terhasil dan seluruh rantau ini akan menerima implikasi secara ketenteraan.
  • China dengan Filipina. Filipina yang juga merupakan pengkalan besar US di Asia Tenggara dilaporkan ingin meneroka sumber gas asli di kawasan Reed Bank, tidak jauh dari Palawan. Jika Filipina berkeras untuk meneruskan usaha penggalian ini tidak mustahil China akan memberikan respon balas yang agresif. 
  • China dengan Vietnam. Vietnam juga dilaporkan turut berhasrat menggali minyak di perairan Laut Cina Selatan, khususnya di kawasan yang sedang dipertikaikan. Jika China memberi amaran kepada Vietnam dan amaran ini tidak dihiraukan, kemungkinan besar akan berlaku serangan ke atas Vietnam oleh China.
Malaysia tidak terlepas daripada menerima provokasi dan tekanan daripada kedua-dua belah pihak, khususnya China yang semenjak beberapa tahun lepas mengambil pendekatan yang lebih physically provocative. 

Tiga bulan lepas, 100 bot yang berdaftar dengan China dikesan berada di kawasan perairan Malaysia yang terlibat dalam pertikaian hak di Laut China Selatan.

Memandangkan Malaysia turut merupakan salah sebuah negara utama yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan hak ke atas sebahagian kawasan di Laut Cina Selatan, sebarang konflik dan krisis ketenteraan yang berlaku akan turut membabitkan Malaysia samada Malaysia sudah bersedia atau tidak.

Implikasi utama yang boleh diramalkan ialah penghakisan kedaulatan rakyat dan kerajaan di negara-negara yang terbabit. 

Jika di Malaysia, secara khusus bangsa Melayu-Islam adalah kelompok yang paling banyak akan menerima impak kerana secara sosio-sejarah bangsa ini tidak pernah memberikan kesetiaan selain daripada tanah air mereka sendiri. 

Berbeza dengan rakyat berbangsa lain yang memiliki sejarah kesetiaan kepada kuasa di tanah air mereka seperti bangsa Cina misalnya. 

Jika diteliti dalam lanskap politik negara, terdapat beberapa tokoh politik secara terang-terangan lebih gemar melibatkan kuasa luar untuk menyelesaiakan krisis yang dihadapi.

Situasi ini memungkinkan berlakunya pertembungan dan perpecahan antara rakyat yang akhirnya akan membuka laluan kepada kuasa luar campur tangan (pengajaran dari sejarah lampau).

Malaysia kini benar-benar di dalam keadaan fragile dan vulnerable kepada situasi ketenteraan di Laut Cina Selatan.

Adakah Malaysia mampu mempertahankan kedaulatannya jika itu berlaku? 

Jawatan kepada situasi ini sangat merisaukan!

Thursday, 14 July 2016

Isu Vaksin


Isu vaksin hangat diperkatakan di media sosial selepas kematian kanak-kanak di Kedah, Melaka dan Sabah akibat jangkitan difteria baru-baru ini. Seperti biasa, ramailah yang memberi pandangan; ada yang sokong vaksin, ada pula yang menolak vaksin. Antara mereka yang bersuara ialah salah seorang personaliti program realiti TV Imam Muda.

Apa itu vaksin? 

Monolog tentang ilmu dan amal

Memberi ilmu kepada murid mudah.

Mengajak murid mengamalkan ilmu amat susah

Membanyakkan ilmu mudah.

Membanyakkan amalan susah sekali

Ahli ilmu ramai.

Ahli amal tidak ramai.

Ramai para guru/ustaz dapat memandaikan murid-muridnya.

Tapi ramai para guru/ustaz gagal mengajak muridnya beramal.

Kalau ahli-ahli ilmu ghairah beramal tidak sempat hendak menbincangkan tentang ilmu kecuali sedikit sekali dengan tujuan beramal.

Orang yang kurang ilmu tapi beramal dari amalannya itu akan mendapat ilmu atau menambah ilmu.

Hari ini ahli ilmu disanjung orang.

Tapi ahli amal tidak dipeduli orang.

Ramai orang bercakap tentang ilmu, tapi kurang yang bercakap tentang amal

Ahli ilmu dihormati orang. 

Ahli amal ilmu adakalanya didengki orang.

Lebih baik seorang pendosa yang khawatir dengan dosanya, daripada seorang berilmu dan banyak amalnya tetapi sombong dengan ilmu dan amalnya!

"Si Kitul @ Kitol" sedang bermain api!


Melayu dan Kaum Bumiputera Sabah Dan Sarawak mendapat hak istimewa seperti yang disebut dalam perlembagaan Malaysia seperti yang terdapat pada artikel perkara 153, perkara 89, perkara 90 dan beberapa perkara yang termaktub lagi.

Kaum Melayu dan Bumiputera mendapat hak istimewa dalam beberapa perkara terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam, ekonomi dan pendidikan.

Sepatutnya, tiada maaf bagimu!



Tindakan ratusan Pemuda Umno berarak dan berhimpun di ibu pejabat DAP pada Selasa, bagi mendesak Nga Kor Ming memohon maaf bukanlah satu kesalahan.

Tindakan itu lebih didorong rasa tanggungjawab dalam mempertahan maruah orang Melayu dan Islam yang berasa terhina dengan kenyataan dibuat Anggota Parlimen Taiping.

Nga selaku pemimpin seharusnya lebih sensitif dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak kemarahan orang ramai, khasnya dalam hal pemberian duit raya yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu di negara ini.

Bagi orang Islam, pemberian duit raya lebih kepada sedekah, sama konsepnya dengan pemberian 'ang pau' oleh kaum Cina atau pemberian duit oleh kaum-kaum lain di Malaysia semasa menyambut perayaan masing-masing.

Semua pihak jangan lah mempolitikkan isu berkaitan agama yang boleh mencetuskan masalah perkauman.

Tuesday, 12 July 2016

Go learn how such a Malaysian flag. You want a happy Eid greetings to Muslims, but you're too stupid. Do not know whether you're blind or stupid.











Takkanlah tidak sensitif langsung sehingga sanggup memuatkan ucapan Aidilfitri bertemakan negara a­sing di Facebooknya!    

Nga Kor Ming secara sengaja menyertakan gambar rumah api berlatar belakangkan bendera USA serta perkataan In God We Trust dan Lord, Guide Our Nation Back To You dan motif tangan berdoa.

Gambar rumah api yang tertera seper­ti diambil melalui laman web DrJamesDobson.org yang merupakan pengasas organisasi konservatif Kristian Amerika, Focus On The Family.

Adakah Kor Ming sengaja mahu ‘ memancing’ setelah 'tokong' DAP dipalit skandal pembelian banglo.

2009 dulu, Kor Ming membaca ayat Al-Quran surah ‘AURA’

2009 juga, Wong Kar Woh (ADUN DAP Canning) membacakan dua ayat dari Surah Al-Hujurat (ayat ke-12) dan Surah Ali-Imran (ayat ke-10) dalam Dewan Undangan Negeri ketika mengulas bajet negeri.

MB Perak waktu itu, Mohammad Nizar Jamaluddin serta ‘ularmak politik’ tidak kisah langsung ayat suci al-Quran yang dipermainkan, malah berasa ‘takjub’ pulak!

Baru-baru ini, Ahli Parlimen PKR, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Imam di Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan sumbangan hari raya yang diadakan di masjid yang sama.

Anda selalu sahaja 'mempermainkan' ugama Islam sebabnya anda dan 'penjilat-penjilat' anda di kalangan Muslim adalah stupid lagi idiot.

Friday, 1 July 2016

Bila Islam dikelirukan sebagai 'penindas'


Dalam isu ini, media liberal boleh memilih perspektif masyarakat mejoriti yang mengkritik tindakan Maryam atau, perspektif pihak berautoriti yang menjelaskan tentang peraturan serta adab di tempat awam ketika Ramadhan.

Walaubagaimanapun, mereka memilih perspektif Maryam sebagai "mangsa sistem" dan mewakili nilai progresif, moderat dan rasional dalam masyarakat Malaysia.

Menerusi teknik pembingkaian berita ini, mereka mengeksploit paranoia kemaraan Islamisasi dan kemaraan ini digambarkan sebagai konservatif dan menindas.

Maka isu makan di bulan Ramadhan ini dilaporkan dengan nada konflik iaitu pertembungan antara protagonist dengan antagonis.

Deskripsi harassed, activist, standing up against, Muslim woman dan Malaysian merujuk kepada Maryam sebagai wirawatinya dan pihak berwajib (Jabatan Agama Islam) sebagai antagonisnya.

Deskripsi penentang, akhlak negatif, religious police, moral police adalah merujuk kepada pengkritik tindakan Maryam, status quo, norma konservatif, autoriti agama.

Dalam era political correctness, perkataan mankind, chairman, housewife, fireman dianggap taboo serta politically incorrect dan telah diganti dengan humankind, chairperson, homemaker atau firefighter.

Begitu juga istilah kafir harbi dianggap politically incorrect, diganti dengan zimmi asi (zimmi engkar). Malah, istilah kafir pun dirasakan tidak lunak, diganti dengan non-Muslim.

Untuk kedengaran lebih politically correct pula, non-Muslim ditukar menjadi not-yet Muslim.

Namun Not-yet Muslim pun belum cukup sesuai, ada yang berhujah sepatutnya disebut brother in humanity.

Ini adalah fungsi ideologi media liberal pembangkang, sengaja mengelirukan semua orang untuk mewujudkan Islamophobia dikalangan masyarakat negara ini.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...