Masyarakat kita sangat pantas respon terhadap salah laku
guru. Tetapi bagaimanakah dengan kesalahan kita, terhadap anak sendiri? Mungkin
kita bersikap "Anak aku, apa hal kau nak peduli!”.
Buku Mencapai Keluruhan Budi oleh Za’ba, mengupas tentang sikap ‘kita’.
Buku Mencapai Keluruhan Budi oleh Za’ba, mengupas tentang sikap ‘kita’.
“Kita sangat marah
jika dikata orang diri kita atau anak kita ‘kurang ajar’ kerana ‘kurang ajar’
itu bermakna bahawa emak bapa kita di rumah tidak cukup atau tidak tahu
mengajar kita aturan adab yang halus-halus…”
“Padahal yang sebenarnya semua sifat-sifat perangai yang
kekurangan dan rendah dan hina pada diri kita dan anak-anak kita itu ialah
boleh disusun asalnya tersebab daripada ‘kurang ajar’ belaka. Sama ada kurang
ajar oleh diri kita sendiri atau kurang ajar oleh emak bapa di rumah masa kita
kecil-kecil.”
“Rumah itulah sekolah
yang pertama kepada anak-anak itu bagi pelajaran bagaimana melakukan dirinya
dalam kehidupan dunia ini; dan ibu bapa itulah guru sekolahnya yang awal
pertama sekali.”
“Jikalau sekiranya asuhan dan didikan perangai yang
didapatinya di rumah itu tiada senonoh atau tiada baik, maka itulah yang akan
menjadikan dia ‘kurang ajar’, kurang amanah, makan suap dan sebagainya apabila
ia telah besar kelak.”
“Misalnya jika di
sekolah guru-gurunya mengajar suruh bersih tetapi di rumahnya sentiasa kotor,
ibu bapanya sendiri tiada bersih, suka buang air besar di parit atau di
longkang-longkang sahaja umpamanya, barang di rumah bersepah-sepah tiada
aturan, kain-kain tersepah di sana tersangkut di sini, kencing budak kecil
berlelehan di lantai – maka betapakah dapat dipersetujukan di antara dua macam
sekolah itu?”
Renung-renungkan lah!

No comments:
Post a Comment