Dalam kemelut konfrantasi membabitkan TMJ dengan FAM, tidak menampakkan tanda-tanda isu ini akan berakhir.
Setelah melemparkan dakwaan serius berlakunya gejala rasuah
dan salah guna kuasa di dalam FAM, TMJ enggan pula menyerahkan bukti yang
diperolehi.
Itulah yang ditegaskan dalam kenyataan terbaru TMJ yang
turut menyaksikan keritikan kepada pihak-pihak lain termasuk penglibatan Felda
dalam liga nasional.
Adalah tidak adil bagi mana-mana pihak melemparkan dakwaan
tanpa pihak yang dituduh membela diri.
Reputasi orang di dalam FAM terjejas teruk dan TMJ tidak seharusnya lepas
tangan selepas dakwaan tersebut.
Sama ada ianya anak bangsawan sehingga rakyat jelata, semua manusia mempunyai maruah dan semua tidak terkecuali
daripada prinsip keadilan,
Tidak salah mengkritik tetapi biarlah berasas supaya tidak memudaratkan dan membawa aib kepada pihak yang dikritik.
Tidak salah mengkritik tetapi biarlah berasas supaya tidak memudaratkan dan membawa aib kepada pihak yang dikritik.
Semua pihak harus mengambil sikap yang bertanggungjawab
dalam mencari penyelesaian agar tiada sesiapa kelihatan menjadi mangsa dan
pemangsa.
Seperti apa yang disentuh oleh TMJ tenatang kehebatan JDT,
dan saya adalah peminat setia pasukan kesayangan ini dan amat menyanjung dan
kagum apa yang telah dilakukan oleh tuanku.
Namun ianya tidak boleh disamakan dengan pasukan-pasukan kerdil
dalam Liga M yang lain, kerana mereka hanya mempunyai sumber dana yang kecil dan terhad untuk terus servive. Jika pasukan-pasukan kerdil ini 'pupus' Liga M akan hilanglah kemeriahannya kerana hanya pasukan yang kaya sahaja akan mendominasi seperti tahun-tahun 70 dan 80an dahulu, asyek-asyek Selangor vs Singapura.
Kejayaan sesebuah pasukan mewah umpama ManU, Real Madrid, Barca, Bryan Munich pasti tidak asing, tetapi pasukan
yang berbelanja rendah masih mampu menempa kejayaan gemilang seperti Lancaster.
Ianya lagi signifikan dan lebih hebat dan itu sepatutnya menjadi falsafah FAM dan pasukan-pasukan kerdil di bawah gabungannya. Ukurlah baju di badan sendiri, berbelanjalah mengikut kemampuan pasukan supaya akhirnya tidak menyusahkan semua orang.
Bagi pegawai-pegawai di dalam FAM, janganlah jadi bodoh sombong tidak mahu menerima pendapat ahli-ahli di bawah gabungan atau asyek 'menghukum Sang Nadim'!
Ambil idea yang baik dan singkirkanlah idea yang telah out of date dan orang lain dah buang dalam tong sampah!

Diharap, semoga kemelut ini tidak berpanjangan dan
carilah titik persamaan demi kemajuan bola sepak Malaysia yang semakin suram
dan penuh dengan ‘pergaduhan’ dari dulu sehingga kini, dan mudah-mudahan bukan
selamanya.
Semoga Harimau Malaysia dan Harimau Selatan sama-sama bertambah roarnya!!!!!.

No comments:
Post a Comment