Islam agama priktikal serta agama
buat kerja, bukan agama cakap-cakap.
Islam menganjurkan penganutnya
menanam pokok jika ada benih di tangan walaupun besok akan berlaku kiamat.
Islam menganjurkan penganutnya
menuntut ilmu dan beramal, walaupun besok akan mati.
Namun penganutnya kurang ambil
pendekatan kerja keras para nabi dan sahabat, tetapi terlebih fokus pada doa.
Mengapa hanya doa tapi kurang
usaha?
Tanggapan sebahagian besar
penganut Islam pada hari ini ialah doa lebih telus dan mulus, lebih hening
sifatnya dan pengabdian antara hamba dengan Penciptanya.
Dialah Tuhan penentu kepada segala
qada dan qadar dan rezeki, ajal, maut tertakluk pada Nya.
Bolehkah kita merubah qada dan
qadar Allah?
Kalau tidak, mengapa Allah
menyarankan kita berdoa minta panjang umur, murah rezeki, selamat dari bala
bencana, sihat tubuh badan, mendapat jodoh dan sebagainya?
Kita terlupa, Allah juga menyuruh
kita berusaha keras untuk memperolehi kejayaan seperti apa yang kita pinta di
dalam doa.
Hakikatnya, kita lebih focus kepada
doa dan mengabaikan usaha keras kerana kita lebih suka mengambil jalan pintas,
untuk segera memperolehi hajat.
Ye la, macam skim cepat kaya atau
system pawah kambing atau perniagaan downline system.
Apa maksud jalan pintas?
Maksudnya, apabila ada masalah, umat
Islam gemar kepada pendekatan yang cepat dan kalau boleh sepantas kilat.
Tak perlu bersusah payah untuk
berusaha menyelesaikan isu permasalahan daripada ‘akarnya’.
Sebab itu ada air Yassin, air tok
guru, air zam-zam bersama ayat Qursyi, air zafran, ayat seribu dinar sebagai
pelaris, jus kurma magik, kismis minda, kismis doa, air doa dan macam-macam lah.
Produk ini sungguh laris di dalam
pasaran dan ramai yang kaut untung berniaga melalui system MLM.
Anak keras hati minum sahaja air
hikmat, malas nak belajar koko minda, otak tak cerdas makan kismis minda atau kurma
magik, siapa curi? minum air Yassin.
Ini belum lagi produk-produk
kencantikan seperti pil kurus, pil putih gebu, pil kuat macam tenaga muda,
lintah bukit, lintah gunung dan segala jenis pil dan produk magik ada di
pasaran dan mendapat sambutan dari penganut Islam sendiri.
Lagi sadis, menggunakan produk ala-ala nama Arab, biar nampak Islamnya kunun! walau pun produk keluaran non Muslim.
Dalam Islam, segala permasalahan
kesihatan bermula daripada gaya hidup yang kita amalan setiap hari. Islam titik
beratkan amalan gaya hidup sihat dan bukannya produk-produk magik.
Penjualan produk secara terus
atau secara MLM yang mengaitkan Islam seperti makanan sunnah, hadis-hadis dan
ayat-ayat al-Quran pada produk merupakan satu penghinaan terhadap maruah Islam.
Bukannya berniat untuk memperlekehkan
rezeki orang.
Islam seolah-olah digambarkan
sebagai agama magik, tak perlu berusaha, tak perlu pakar, tak perlu ilmu untuk
memperolehi jalan penyelesaian.
Seolah-olah penyelesaian yang
dianjur oleh Islam adalah amat mudah, semudah alif, ba, tha tanpa perlu berusaha
keras.
Walaupun berdoa kepada Allah merupakan senjata umat Islam, namun berdoa tanpa usaha pasti tidak mendatangkan hasil, sebaliknya
berusaha tanpa doa hasilnya tetap ada.
Kita sering mendoakan kejehteraan
saudara-saudara kita di Palestin, namun kita tak pernah berusaha ke arah itu
seperti sekurang-kurangnya memboikot produk Israel.
Mc.D tetap penuh sesak setiap
hari, dan ramai menikmati cheese burger atau Big Mc ketika berbuka puasa, hari
raya di atas meja terhidang Coca Cola, Pepsi, rokok tak usah
nak kata, malahan kedai-kedai runcit di pelusuk kampong pun berlambak produk
Israel dijual walaupun pemilik kedai sering memaki hamun kerajaan membawa masuk
produk zionis, katanya.
Teruskan usaha boikot Israel, kemudian berdoa dan
bertawakal dan bukan hanya berdoa kemudian berserah 100% pada yang Maha Esa, lepas tu buat tak kisah.
Nabi S.A.W kekasih Allah pun berusaha keras
sehingga hampir terbunuh menyebar agama, bahkan para sahabat ada yang terkorban ketika
usaha keras berdakwah.
Ramai yang menjadi 'ustaz magik' untuk melariskan produk jualan.
Jangan asyek nak perbodoh orang!
Jadilah pengguna Islam yang waras, dan jangan taksub pada 'jenama Muslim'!

No comments:
Post a Comment