Malay Sketches 1875, karya Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut prespektif dan pengalaman
peribadi beliau.
Beliau berada di Tanah Melayu bermula dari tahun 1871.
Pandangan beliau tentang orang Melayu ini telah diulas di dalam chapter pertama
buku ini.
Chapter pertama The Real Malay dalam naskah beliau ini boleh
disimpulkan bahawa orang Melayu yang digambar olehnya adalah hasil pengalaman
beliau hidup di alam Melayu selama 24 tahun.
Dalam chapter ini, Swettenham telah menganjurkan bahawa
untuk memahami orang Melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu,
bertutur Bahasa Melayu, hormat adat budaya orang Melayu, meminati apa yang
diminati oleh orang Melayu, tahu gurau senda orang Melayu, sedia membantu tika
di dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka.
Swettenham mampu berbahas Melayu dengan baik dan beliau
telah menghasilkan Vocabulary of the English and Malay Language.
Beliau juga dikenang sebagai penentang Malayan Unian bersama
40 orang bekas pegawai tinggi British yang pernah bertugas di Tanag Melayu.
Menurutnya, orang Melayu mempunyai susuk tubuh yang rendah
tetapi sasa, berambut hitam lurus, berkulit sawo matang, berhidung kembang
dengan bibir tebal serta mempunyai mata yang terang (tajam pengelihatan)
Keperbadian Orang Melayu
Secara amnya, orang Melayu bersopan santun, beradab serta
peramah.
Namun begitu, orang Melayu tidak sewenang-wenangnya
mempercayai orang asing, bijak menyembunyikan kesangsian dengan perawakan
ramah-tamah.
Beliau juga menggambarkan orang Melayu bijak berbicara,
susun kata disulami dengan jenaka malah gemar berseloroh.
Orang Melayu sangat cermat dan “terang hati” dalam menerima
pelajaran. Jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang Melayu
mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari.
Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang Melayu di
zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari serta suka berhias dan
berpakaian kemas.
Orang Melayu juga mempunyai sikap tidak boleh bertolak ansur
jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpah darah demi menentang fitnah
tersebut.
Orang Melayu amat memuliakan dan menyantuni tetamu dan
menganggap ianya seakan satu kewajipan, tidak mengira darjat.
Orang Melayu mempunyai bakat bersukan, seperti menangkap dan
menjinakkan gajah. Sebagai nelayan,
orang Melayu sangat berkemahiran hingga bermalam di atas boat (perahu)
merupakan satu kelaziman.
Keperbadian Wanita Melayu
Swettenham mel;ihat wamita Melayu sebagai bijak bertutur,
pandai mengambil hati, kuat berashia serta peramah dan kuat cemburunya.
Tatakala mencapai usia 40an, mereka mula memperlihatkan
kecenderungan meminati barang kemas dan pakaianm yang cantik.
Wanita Melayu yang dewasa juga menunjukkan cita rasa pada
barang mewah, khususnya kuda. Malangnya cita rasa pada kemewahan dan keindahan
barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur.
Hal Ehawal Perkahwinan
Orang Melayu lelaki sering menggunakan kemampuan mereka dari
segi kekayaan atau kekuasaan sebagai alas an untuk berpoligami.
Walau bagaimanapun, setelah mereka berpoligami, lelaki
Melayu sering gagal menunaikan tanggung jawab terhadap isteri-isteri dengan
adil.
Menurut Swettenham lagi, orang Melayu sangat bijak
berfalsafah dalam soal hal-ehwal perkahwinan.
Hidup Beragama
Orang Melayu adalah Musim yang taat, malah sanggup diseksa demi
mempertahankan agama yang mereka anuti itu. Walaupun begitu, mereka tidak
terlalu taksub dalam beragama.
Menurut beliau, orang Melayu tidak minum minuman memabukkan
serta amat jarang terlibat di dalam aktiviti menghisab ganja (candu) walaupun
merupakan tabiat kebiasaan pemimpun.
Swettenham mengakui, ketaatan orang Melayu dalam beragama
menyebabkan kebanyakkan mubaligh Krisatian berputus asa.
Sikap Pada Raja, Bangsa dan Negara
Orang Melayu dari kaca mata swettenham sanggat berbangga dan sayangkan ngara dan bangsa
mereka serta sangat memelihara adat dan budaya.
Orang Melayu sangat taat pada pemimpin dan raja mereka.
Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau
rakyat kepada pemimpin sudah menjadi budaya.
Di dalam beberapa keraian ianya kerap diamalkan seperti
istiadat pertabalan raja, upacara perlantikan pemimpin, majlis perkahwinan,
majlis berkhatan, upacara tindik telinga serta kenduri-kendara.


No comments:
Post a Comment