Thursday, 27 April 2017

Hentikan spekulasi dan menghina pusat-pusat tahfiz




Usahlah membuat spekulasi berhubung kes kematian Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 selagi kes berkenaan masih disiasat bagi mengelakkan mengguris hati keluarga dan mencemar imej institusi tahfiz.

Negara ini mempunyai sistem perundangan yang kukuh dan tidak wajar bagi masyarakat mengadili kes berkenaan sebelum keputusan siasatan diperolehi.


Selagi mana tidak ada bukti mengenai kejadian ini, tidak ada keputusan kepada siasatan ini adalah tidak adil untuk menghukum mana-mana pihak.


Siasatan secara komprehensif dengan kadar segera, agar punca sebenar kematian mangsa diketahui.

Wednesday, 26 April 2017

Jangan bawa fahaman ekstremis ke negara ini


Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan-kumpulan ekstremis yang cuba bermain dengan isu-isu agama atau cuba mencampuri urusan agama lain.

Setiap kali berlaku serangan pengganas melibatkan Islam, penganut Islam terpaksa bertungkus lumus menafikan mereka tiada kaitan dengan pengganas tersebut. 

Umat Islam dari seluruh dunia pula akan bangkit mengkritik keganasan yang dilakukan oleh pengganas tersebut.

Di mana pula suara-suara organisasi Hindu seperti Hindraf dan Hindu Sangam apabila ekstrimis dan pengganas Hindu di India membunuh umat Islam gara-gara kerana lembu?

Adakah nyawa haiwan bernama lembu lebih berharga berbanding nyawa manusia?
Tidakkah itu dikira sebagai tindakan pengganas? 

Semua orang perlu sama-sama menolak ekstremis dan pengganas dari mana-mana agama dan negara.

Oleh itu, seluruh rakyat di negara ini perlu bersikap rasional dan jauhilah dari bersikap emosional.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...