Wednesday, 12 April 2017

RUU355 merupakan suatu yang cantik


Pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 atau lebih dikenali RUU355 merupakan suatu yang cantik.

Namun ianya tidak dilihat begitu selepas pelbagai persepsi diwujudkan dengan menganggap ia isu politik.

Sebagai umat Islam, kita pandang ia sebagai satu peluang bagi meningkatkan martabat Islam di negara ini terutama dalam bentuk perundangan.

Justeru itu semua Muslim di negara ini perlu menyokong tanpa melihat kedudukan politik atau kepentingannya.

Isu RUU355 itu ada hikmahnya kepada masyarakat kerana selama ini masyarakat umum tidak tahu berkaitan kesalahan jenayah syariah.

Natijah daripada pembentangan RUU355 di Dewan Rakyat, masyarakat kini mula mengkaji dan membuat penilaian lalu menyedari selama ini martabat mahkamah syariah itu lebih rendah berbanding mahkamah sivil berdasarkan kadar hukuman.

Inilah masanya dan tiada sebab untuk umat Islam tak sokong,

Umat Islam sepatutnya menilai dari sudut Islam, bukan politik.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...