SINGAPURA – Jika diberi pilihan, kebanyakan warga Singapura
lebih cenderung terhadap seseorang daripada kaum yang sama dengan mereka untuk
dipilih mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri atau Presiden republik
tersebut.
Itulah antara penemuan paling mengejutkan satu tinjauan
serata negara terhadap seramai 2,000 rakyat Singapura dan penduduk tetap
mengenai pendapat mereka tentang hubungan antara empat kaum terbesar negara ini
iaitu Cina, Melayu, India dan Lain-lain.
Tinjauan itu dijalankan oleh stesen Channel
NewsAsia dengan kerjasama Institut Pengajian Dasar (IPS), merupakan kajian
lapangan antara yang terbesar seumpamanya sekali gus membuktikan warga
Singapura masih lagi tebal semangat perkauman masing-masing.
Menurut tinjauan itu, majoriti responden Cina iaitu 98% hanya akan menerima seorang warga Singapura berbangsa Cina sebagai
Perdana Menteri, sementara 96% blebih cenderung terhadap seorang warga
Singapura berbangsa Cina untuk menjadi Presiden.
Ramai responden Melayu juga mahu orang Melayu sebagai
Perdana Menteri atau Presiden dengan 93% yang ditinjau berkata mereka
lebih cenderung terhadap seorang Melayu Singapura sebagai Perdana Menteri,
sementara 94% menerima Melayu sebagai Presiden.
Begitu juga dalam kalangan para responden berbangsa India
apabila 89% ditinjau akan menerima seorang warga Singapura yang
berbangsa India sebagai Perdana Menteri manakala 92% lagi menyatakan
demikian bagi jawatan Presiden republik tersebut.
Kebanyakan responden dari tiga kaum bersedia menerima bangsa
Cina bagi kedua-dua jawatan, dengan lebih 80% Melayu, India dan Kaum
Lain berkata mereka boleh menerima seorang warga Singapura yang berbangsa Cina
sebagai Perdana Menteri dan Presiden.
Sedihnya sejumlah kecil responden berkata mereka akan
menerima kaum minoriti bagi kedua-dua jawatan iaitu sekitar 60% Cina, 75% Melayu dan sekitar 68% Kaum Lain berkata ‘ya’ kepada Perdana
Menteri atau Presiden warga Singapura berbangsa India.
Bagi mengisi jawatan Perdana Menteri atau Presiden dalam
kalangan warga Singapura berbangsa Melayu pula, tinjauan IPS mendapati hanya
lebih separuh warga kaum Cina, masing-masing sekitar 70% India dan
sekitar 80 peratus Kaum Lain sanggup berkata ‘ya’.
Bagaimanapun responden yang usia lebih tua kurang
berkemungkinan menyatakan mereka sanggup menerima seseorang daripada kaum lain
untuk memegang dua jawatan tertinggi negara ini, menurut tinjauan tersebut lagi
yang disiarkan agensi berita tempatan MediaCorp.
Dalam kalangan responden Cina berusia bawah 30 tahun, lebih
60% daripada mereka akan menerima warga Singapura kaum Melayu sebagai
Perdana Menteri atau Presiden, sementara lebih 70% pula akan menerima
warga Singapura yang berbangsa India.
Namun mereka berusia lebih 60 tahun, sekitar 40% hingga 42% sedia menerima warga Singapura berbangsa Melayu, sementara antara 45% hingga 50% akan menerima warga Singapura berbangsa India bagi mengisi
dua jawatan itu.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments:
Post a Comment