Penang Institute telah menjemput aktivis liberal Singapura Dr Azhar Ibrahim Alwee memberi ucap utama dalam forum anjuran badan pemikir Kerajaan Pulau Pinang itu.
Dr Azhar telah dikenal pasti sebagai penggerak Islam Liberal
Nusantara dalam kumpulan (Baca Sini) The Reading Group sebaris
dengan penggerak Jaringan Islam Liberal Indonesia Ulil-Abshar Abdalla dan
Lutfhi Assyaukanie.
Moderator forum itu ialah Dr. Mustafa Kamal Anuar yang
merupakan Ketua Bahagian Kajian Nusantara, Penang Institute.
Dalam kenyataan media bertajuk (Baca Sini) Islam
Liberalism and Illuminati Dr. Mustafa mengakui Penang Institute telah
memperkasakan misi badannya dengan menjemput tokoh-tokoh liberal dari seluruh
dunia.
Mereka termasuklah Prof Tariq Ramadan, Dr. Mohd Asri Zainul
Abidin, Dr Syed Farid Al-atas, Dr Anas at-Tikriti, Ahmed Keeler, Dr Chandra
Muzaffar, Prof James Piscatori, Dr Maszlee Malik, Dr Nader Hashemi, Mustafa
Akyol, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Dr Azhar
Ibrahim.
Baru-baru ini, DC Leak mendedahkan Open Society Foundation
(OSF) yang dimiliki Soros telah menyalurkan dana kepada Penang Institute.
Selain itu, dana OSF turut disalurkan kepada beberapa
pertubuhan awam tempatan termasuk BERSIH, C4 Malaysia, Pusat Kesedaran Komuniti
(Empower) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff mendakwa,
Penang Institute merupakan sarang yang menyebarkan Islam liberal di Pulau
Pinang.
Antara kenyataan Muhammad Fauzi adalah seperti berikut :
4. CAMPUR TANGAN TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI PULAU
PINANG
4.1 Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan
apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan
kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
4.2 Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah
menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato’ Abdul Malik Abul Kasim
(Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses
penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan
oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada
YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku
Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui
mesyuarat MMK.
4.3 Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah
‘dibekukan’ oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan tidak dipersembahkan kepada
YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah
menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih
berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum
orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.
6. PROMOSI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL MELALUI PENANG INSTITUTE
6.1 DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal
mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja
membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut di bawah kelolaan kerajaan
negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan
aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi
ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara
iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.
6.2 Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute
yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, YB Zairil Khir Johari secara
terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran
Islam Liberal. Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan
Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa
Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi
penjelasan berhubung kenyataan beliau.
6.3 Dalam isu ini, sekali lagi DAP dan PKR melalui Kerajaan
Negeri telah gagal menjaga kesucian agama Islam dan sengaja membiarkan fahaman
Islam Liberal dipromosikan melalui lidah rasmi kerajaan serta lidah pimpinan
mereka sendiri. Senario ini sangat membimbangkan kerana Buletin Mutiara bukan
sahaja dibaca oleh masyarakat dewasa tetapi juga disebarkan kepada anak-anak di
sekolah-sekolah termasuk di sekolah agama. Situasi ini bercanggah dengan usaha
membenteras dan mengawal fahaman ini yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khariah
Masjid dan Surau di seluruh Pulau Pinang sekali gus menggambarkan bahawa pihak
kerajaan negeri tidak mengendahkan suara anak-anak kariah masjid dan surau yang
membantah fahaman ini.
Penang Institute walaupun menafikan menyebarkan Islam
Liberal, namun sering bekerjasama dengan badan-badan yang sudah dikenal pasti
penyebar agenda liberal antaranya, Islamic Renaissance Front (IRF), Institute
for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dan G25 Malaysia.










No comments:
Post a Comment