Sunday, 16 April 2017

Agenda kumpulan liberal terhadap konsep wasatiyyah.


Kumpulan liberal di negara ini dikesan mempunyai perancangan rapi dan tidak semberono dalam menentang konsep wasatiyyah yang diperkenal kerajaan. 

Walaupun hanya minoriti, kumpulan itu dengan perancangan rapi berjaya memanipulasi konsep wasatiyyah sekali gus mengelirukan umat Islam mengenai prinsip kesederhanaan yang sebenarnya. 

Kumpulan mendukung konsep kesederhanaan perlu mempunyai kesedaran tinggi dan usaha jitu bagi membanteras usaha kumpulan yang sengaja mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. 

Kumpulan liberal cuba menggambarkan maksud wasatiyyah mengikut fahaman atau tanggapan mereka sendiri, menggunakan pelbagai ruang untuk penuhi tuntutan mereka dan selagi tidak dipenuhi, mereka tidak akan berhenti. 

Atas sebab itu, menjadi kewajipan umat Islam untuk memahami apa yang dituntut oleh agama supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai agenda kumpulan liberal berkenaan.

Konsep wasatiyyah atau kesederhanaan secara asasnya dikategorikan sebagai berada di pertengahan iaitu tidak melampau serta tidak longgar. 

Aktivis Islam yang mahu mempertahankan sebarang isu yang dikemukakan oleh kumpulan liberal perlu menguasai ilmu perundangan dan perlembagaan. 

Sebagai aktivis, amat perlu untuk fahami apa yang mereka sampaikan dan untuk berdepan kumpulan liberal.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...