Monday, 24 April 2017

Contohi Muslim Jakarta Tumbang Pemimpin Hina Islam


Umat Islam di Malaysia wajar mencontohi umat Islam Jakarta bersatu menumbangkan Basuki Cahya Purnama (Ahok) sebagai Gabnor Jakarta dalam pilihan raya baru-baru ini kerana menghina Islam.


Seluruh umat Islam Jakarta bergembira dengan kemenangan itu kerana ia tercipta atas nama kesatuan umat Islam.


Umat Islam akan kuat apabila berpegang dengan ukhuwah/kesatuan Islam.


Hak dan urusan ibadat orang Islam di negara ini mestilah dihormati bertepatan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.


Allah telah memperlihatkan tentang kejahatan musuh-musuh Islam terhdap Islam di negara ini, saban hari.

Namun ada segelintir orang Islam turut bersekongkol bersama mereka.


Kejahatan kafir harbi dan liberal munafik mula menonjolkan diri mereka melalui sikap biadap, perkauman, cauvinis, pelampau, tidak bermoral dan tidak bertamadun.


Mereka mula mencampuri urusan hal ehwal agama Islam seperti campur tangan dalam urusan fatwa.


Mula menghina, memfitnah dan memusuhi ajaran Islam, undang-undang syariah, program dakwah Islam, pendakwah Islam, ulama Islam, mufti, Mahkamah Syariah, pihak berkuasa agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan.


Menentang apa-apa sahaja yang berlabel Islam.


Cuba mempersoalkan dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti untuk mengamalkan ajaran Islam dan undang-undang syariah.


Terang-terangan menentang untuk cuba menggagalkan pindaan RUU355 berkaitan pemerkasaan Mahkamah Syariah. 


Terang-terangan menghasut orang ramai membenci dan menentang ajaran Islam, undang-undang syariah, pendakwah Islam, ulama Islam, mufti, Mahkamah Syariah dan lain-lain secara terbuka.


Firman Allah SWT: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Al-Baqarah 2:120)

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...