Monday, 24 April 2017

Biarlah urusan Islam diurus oleh Muslim


Masyarakat perlu memahami bahawa kehadiran serta status sebagai permastautin tetap penceramah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik tidak melanggar prinsip utama dalam Islam.



Kehadiran tokoh berkenaan tidak pernah memaksa mana-mana penganut agama lain memeluk Islam atau dipaksa mendengar penerangan berkaitannya.



Prinsip itu menekankan Islam kekal dengan asasnya tidak pernah memaksa sesiapa menganut Islam, malah orang bukan Islam di negara ini tidak pernah dipaksa untuk mendengar penerangan berkaitan Islam.



Justeru itu, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang mempertikaikan kedatangan Dr Zakir Naik sepatutnya menyokong tindakan kerajaan mengalu-alukan kedatangan nya ke negara ini sebagai usaha memupuk semangat menghormati rakyat berbilang bangsa dengan membuka ruangan diskusi.



Kebanyakan ceramah dan diskusi yang diadakan oleh Dr Zakir Naik, tokoh itu pasti akan mendahului soalan daripada orang bukan Islam sebelum membuat perbincangan secara ilmiah.



Biarlah urusan Islam diurus oleh orang Islam sendiri tanpa campur tangan pihak yang tidak berkaitan.



Kedatangan Dr Zakir Naik ke negara ini membuka lembaran baharu bagi penganut bukan Islam mendapat pengetahuan berkaitan Islam secara bersemuka dengannya.



Sewajarnya Subramaniam yang juga antara menteri Kabinet sepatutnya memahami kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...