Rakyat Malaysia dikejutkan apabila peserta rancangan komedi
Singapura ‘Ok Chope’ Najip Ali dan konco-konconya telah mempersendakan
PM.
Setelah dikecam rakyat Malaysia, Najip Ali telah membuat
permohonan maaf.
Ini bukan kali pertama pelawak dan artis Singapura
mempersendakan pemimpin-pemimpin Malaysia.
Tahun lepas, seorang pelawak Singapura, Fakkah Fuzz
melakukan perbuatan yang sama.
Kenapa perlu menghina orang?
Kenapa Najip Ali dan konco-konconya berani menghina pemimpin
negara kita?
Kerana mereka tahu rakyat Malaysia tidak ambil kisah.
Sorry, selesai semuanya.
Mudah kan?
Semudah 1,2,3.
Di mana letaknya maruah kita?
Bacul kah kita sebagai rakyat Malaysia?
Bukankah, menghina pemimpin kita seumpama menghina negara?
Kalau ada keberanian, kenapa mereka tak menghina pemimpin mereka
sendiri?
Yang pasti telur mereka kecut sebab takut!
Singapura pernah mempunyai kisah tersendiri mengenai hukuman
menghina PM mereka.
Masih ingatkah pada Skandal Nassim Jade pada tahun 1996?
Tang Liang Hong, calon pembangkang Singapura telah dibangkrapkan
oleh Lee Kuan Yew, sebab dituduh menghina PM di dalam pendedahan skandal Nassim
Jade pada tahun 1996?
Beliau kini hidup dalam buangan di Australia.
Amos Yee, seorang aktivis, terpaksa mencari perlindungan di
AS kerana menghina PM.
Dan ramai lagi pemimpin pembangkang Singapura yang lari
keluar negara atau dipenjarakan atau dibengkrapkan melalui undang-undang
mahkamah berat sebelah seperti J. B. Jayarathnam dan beberapa
lagi.
Apakah impak, jika pelawak Malaysia membuat lawak mempersenda
mendiang Lee Kuan Yew atau PM mereka sekarang,
Adakah rakyat mereka buat tak kisah?
Panggil wartawan dan kemudian sorry!
Adakah rakyat mereka akan menyokong pelawak kita itu?
Gurau ada hadnya.
Pemimpin mencerminkan maruah negara.
Sebab itulah, banyak negara di seluruh dunia menjatuhkan hukuman
yang berat terhadap sesiapa yang menghina pemimpin negara tersebut
Contohnya, Singapura la.
Aku setuju banget, manusia begini tak harus diberi muka
berkali-kali.
Sebab sifat ego tinggi.
Anggap rakyat mereka sajalah yang ‘terbaik’.
Adakah kita tak mahu ambik pengajaran daripada pengalaman
lalu.
Sokong Zed Zaidi n konco-konconya.
No comments:
Post a Comment