Bila Armin Navabi mempromosikan Atheist Republic beliau sehingga memperolehi 1.7 juta pengikut. Republik ciptaan beliau kini menjadi hub utama pergerakan Atheisme global.
Buku tulisan beliau laris terjual di Amazon berjudul Why There is no God: Simple Responses to 20 Common Arguments for the Existence of God.
Ayaan Hirsi Ali, lebih awal lagi memperomosi pamahaman ini melalui bukunya, The Caged Virgin: An Emancipation for Women and Islam dan Infidel: My Life dan Nomad: From Islam to America dan Heretic: Why Islam Needs a Reformation.
Ali A Rizvi pula dengan bukunya The Atheist Muslim: A Journey from Religion to Reason.
Buku-buku tersebut juga boleh dibeli melalui eBooks.com.
Mereka sekadar mewakili sebahagian kecil dari ramai umat Islam yang secara terang-terang mengaku mereka sebagai X-Muslims.
Pada hari ini, umat Islam bukan sahaja sedang berdepan dengan Atheisme tetapi sedang bergelut dengan kemunculan Pascamodenisme, Liberalisme, Anarkisme, Relativisme dan Humanrightisme.
Ideologi klasik seperti Marxisme, Sosialisme dan Komunisme, Sekularisme, Positivisme dan Materialisme juga mula mendapat sambutan semula.
Di negara ini, ideologi-ideologi klasik yang menyimpang ini mula dapat dilihat melalui penulis-penulis blog terkenal, terutamanya di kalangan mereka yang anti kepada pemerintahan sekarang.
Persoalannya, apakah persediaan keilmuan yang ada pada umat Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran akidah dan pemikiran ini?
Satu masa dahulu ketika aku belajar di Sekolah Ugama Johor, Institusi pendidikan ini banyak menitikberatkan pengajian Tauhid dengan menyerapkan tradisi keilmuan akidah, usuluddin dan ilmu Kalam yang sangat mantap bermula dari darjah satu lagi.
Ianya terbukti dapat menangkis pelbagai ideologi seperti muktazilisme, batinisme, khawarijisme, jabarisme, qadarisme dan pelbagai isme yang menyimpang dari mentauhidkan Allah.
Namun pada hari ini, para ilmuan Islam dan umat Islam sendiri lebih cenderung berdebat dan berbahas hanya berkaitan ilmu undang-undang syariah, muamalah, fekah dan hadis.
Kepelbagai dan pengaruh isme ini tidak berkaitan secara langsung terhadap persoalan amaliyyah atau muamalah berbanding disiplin ilmu Tauhid.

No comments:
Post a Comment