Saturday, 9 September 2017

Perjuangan Buddha 'murtad'

Keganasan ke atas penduduk Rohingya dilakukan atas nama agama Buddha merupakan satu tindakan yang keterlaluan dan melampau.

Siddhartha Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan pendekatan sebegitu.

Agama Budha melarang umatnya menumpahkan darah walaupun ke atas haiwan lebih-lebih lagi sesama manusia.

Di Myanmar @ Burma, agama Buddha digunakan oleh tokoh-tokoh utama Buddha sebagai lesen untuk menjadi mesin pembunuh kejam.

Kumpulan sami Buddha Myanmar, Ma Ba Tha menjadi penghasut kepada penganut Buddha di sana supaya menjadi mesin penghapusan etnik Rohingya yang rata-ratanya beragama Islam.

Mereka merupakan penganut Buddha yang ‘murtad’ kerana telah terpesong jauh dari ajaran sebenar pengasas Buddha.

Tokoh-tokoh Buddha di negara seharusnya menyeru penganut agama Buddha di negara ini turut bangun berganding bahu bersama-sama rakan-rakan mereka yang beragama Islam menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang berlaku di Myanmar ketika ini.

Keganasan dan kekejaman ke atas umat Islam di Rohingya jauh lebih dahsyat dari apa yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pengganas yang sering disebut oleh media.

Keganasan yang baru meletus di Myanmar menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh dan lebih 73,000 etnik itu lari ke luar negara sejak 25 Ogos lalu, menurut PBB.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...