Friday, 1 September 2017

Merdekakan diri kita!



Sempena Kemerdekaan Malaysia ke 60 ini, memerdekakan jiwa kita daripada ketamakan dan kecintaan kepada harta yang bukan milik kita.

Kita perlu menyemai semangat patriotisme yang tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah serta salah guna kuasa.

Merdekakan keluarga daripada rezeki yang diperolehi secara haram melalui rasuah dan memerdekakan diri dengan menyatakan tidak kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Kita perlu menghayati erti kemerdekaan sebenar serta memerdekakan diri daripada cengkaman budaya yang boleh menghancurkan pembangunan insan, dengan pecah rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa @ gila kuasa.

Rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa @ gila kuasa merupakan satu pengkhianatan kepada seluruh rakyat dan negara sehingga boleh menyebabkan kemerdekaan yang dikecapi 60 tahun yang lalu lumpuh serta musnah.

Jadikan mereka yang telah terperangkap dengan khayalan duniawi sebagai pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...