Friday, 1 September 2017

Tragedi di Srebrenica berulang di Rakhine



Dalam sejarah moden selepas WW II 1941-1945, kali pertama perkataan Penghapusan Etnik digunakan ialah dalam Tragedi Pembunuhan di Srebrenica, Bosnia.

Tragedi ini dianggap pembunuhan massa paling besar, satu daripada ratusan insiden pembunuhan dalam Perang Bosnia bermula 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995.

Perang selama 3 tahun 8 bulan 2 minggu dan 1 hari itu mengorbankan lebih 100 ribu nyawa umat Islam di Balkan.

Dalam perang itu, tragedi pembunuhan paling tragik terhadap umat Islam di Sebrenica pada 11 hingga 13 Julai 1995. Hanya tiga hari, Tentera Kristian Serb membunuh lebih 8 ribu lelaki dan remaja Muslim.

Jenayah ngeri yang dikenang dunia sebagai paling dahsyat di Eropah, selepas tragedi Nazi dan Adolf Hitler membunuh 6 juta bangsa Yahudi di Jerman sepanjang empat tahun WW II.

Kini di Myanmar @ Burma:

Penghapusan etanik di Rakhine bukan isu baharu dalam era pasca moden.

Pembunuhan demi pembunuhan penduduk Buddha yang disokong Junta Tentera Myanmar sejak 2012, merupakan satu jenayah penghapusan etnik.

Penyisihan Rohingya bukan sekadar isu Perlembagaan Myanmar yang menganggap 1.1 juta penduduk Islam itu sebagai pendatang Bangladesh, tetapi ia agenda Junta Tentera dan penganut Buddha Myanmar yang mahu menghapuskan Islam dari Wilayah Rakhine.

Junta Tentera Myanmar boleh menyatakan apa sahaja alasan mengenai matlamat operasi ketenteraan itu, tetapi dunia jangan lupa, Ia satu jenayah penghapusan etnik yang mengulangi tragedi Sebrenica. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...