Friday, 22 September 2017

Take Beer!

Apa sudah jadi dengan PERKASA?

Sebelum ini, memberi rispon pantas mengkritik pelancaran projek mega ECRL kononnya terlalu kechinaan serta menyebabkan identiti negara hilang.

Di kala negara sedang hangat dengan siasatan BNM kerugian berbillion ringgit walaupun sumbernya pula sangat sahih, tak pula kedengaran respon dari pimpinan NGO tersebut?

Terbaru, DBKL sedang diasak oleh DAP atas keputusannya untuk membatalkan Beer Festival, tetapi dimana suara PERKASA?

Sebelum ini, PERKASA adalah jaguh dalam isu-isu sensitif yang melibatkan umat Islam.

Apa sudah jadi Ibrahim Ali?

Sehingga entries ini ditulis, kenyataan samada menyokong tindakan DBKL itu, atau mengkritik desakan DAP dari PERKASA belum ditemui.

Mungkin ini yang dinamakan progresif!

Mungkin ini yang dinamakan pragmatik.

Mungkin PERKASA perlu releven dengan situasi semasa, berdasarkan kiblat politik terkininya?

Jika benar, jutaan tahniah kepada Lim Kit Siang kerana berjaya membuat checkmate maneuver sehingga PERKASA tidak lagi menjadi seperti PERKASA yang kita sayangi dan kenali dahulu!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...