Sunday, 10 September 2017

Perjuangan pakatan politik berideologi sekularisme di Malaysia

Sekular adalah dasar dan ideologi politik yang paling bahaya buat Islam.

Sekular bertujuan menjauhkan Islam daripada hal ehwal kehidupan serta memisahkan negara dengan agama.

Sekular menetapkan maslahah dunia perlu lebih diutamakan berbanding maslahah agama.

Oleh itu berlaku pemisahan antara kiblat untuk solat dan kiblat politik.

Pemimpin sebuah pakatan politik sebelum ini menegaskan Malaysia adalah negara sekular dan sebarang usaha menjadikan Malaysia negara Islam merupakan satu sekatan kepada hak kebebasan beragama di negara ini.

Pemimpin tersebut turut menegaskan negara sekular yang meraikan demokrasi membenarkan semua rakyat termasuk orang Islam kebebasan tanpa paksaan.

Di bawah sistem pentadbiran sebegini, hak-hak asasi dihormati sama rata, sifar diskriminasi tanpa mengira kaum dan agama.

Pemimpinan pakatan ini bimbang jika konsep sekular, liberal, sosialis dan hidup bebas tanpa ikatan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam yang diperjuangkan mereka di Malaysia selama ini akan terjejas.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...