
Dalam keadaan negara-negara Barat telah mula mengambil pelbagai langkah
mengurangkan kadar kematian akibat kesan buruk arak, negara kita tidak
sepatutnya membenarkan mana-mana pihak menganjurkan apa-apa aktiviti yang
mempromosikan budaya meminum arak.
Di Austerlia, pelbagai pihak termasuk kerajaan telah
melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan kadar kematian yang tinggi
akibat ketagihan arak termasuk mengharamkan penjualan arak di stesen-stesen
minyak, menaikkan cukai jualan arak dan meletakkan amaran kesihatan di
label-label botol-botol arak.
Adalah sangat wajar Malaysia sebagai sebuah negara Islam melarang
pesta arak yang jelas tidak memberi sebarang manfaat.
No comments:
Post a Comment