Thursday, 26 January 2017

Pemimpin Melayu berakal kontot!


Orang Melayu mesti menolak mana-mana pemimpin yang sanggup menggadaikan maruah dengan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semata-mata mahu mendapatkan sokongan politik.

Terdapat segelintir pemimpin Melayu kebelakangan ini semakin ‘kemaruk’ dengan undi kaum Cina sehingga sanggup menjadikan UEC sebagai bahan tawar menawar politik.

Sikap pemimpin yang sanggup menggadai prinsip, maruah agama dan bangsa semata-mata un­tuk undi pilihan raya merupakan pengkhianatan terbesar kepada orang Melayu. 

Apakah mereka tidak sedar bahawa UEC jelas tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

Kelmarin di dalam satu majlis anjuran DAP di Bentong, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Pembangkang, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa pakatan pembangkang akan mengiktiraf UEC sekiranya mereka menang pilihan raya umum akan datang. 

Beliau menyifatkan isu UEC sebagai penting, malah mendakwa lebih 500,000 pelajar telah menduduki peperiksaan itu sejak diperkenalkan pada 1975.

Namun begitu di dalam reaksi maklum balas, ketegasan dan langkah berani Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa UniKL milik penuh MARA tidak mengiktiraf UEC adalah langkah yang wajar dan tepat.


Pemimpin Melayu harus tidak pentingkan faedah politik jangka pendek sehingga sanggup menggadaikan kepentingan nasional. 

Pemimpin-pemimpin Melayu sewajarnya bermuafakat ke arah membentuk dan memperkasakan pendidikan satu aliran dan bukannya bermuka tebal ‘kemaruk’ undi kaum Cina untuk jadi YB!

Jangan jadi pemimpin Melayu berakal kontot!

Wednesday, 25 January 2017

Ramai remaja Malaysia berzina seawal umur 14 tahun

Penerimaan hubungan seks sebelum berkahwin semakin menjadi-jadi di negara kita dan dilihat sebagai satu permasalahan serius dikalangan remaja kini.

Menurut kajian, sebanyak 60% gadis di Malaysia kehilangan dara seawal usia 14 tahun dan sebanyak 24% pernah melakukan hubungan seks dengan 5 kekasih berlainan.

Ini berdasarkan satu soal selidik yang dilakukan kepada 2,800 gadis berusia 18-25 tahun di sebuah universiti tempatan dengan kerjasama YouthSaysdotcom.

Lebih membimbangkan lagi, 6 dari 10 orang gadis di Malaysia seawal usia 18 tahun yang kebanyakannya beragama Islam mengaku telah kehilangan dara.

Kebanyakan remaja mengakui mereka mengenali tentang seks melalui rakan-rakan, filem pornografi serta media sosial.

Selain itu, 74% dari remaja yang pernah berzina tidak memakai kondom sebagai alat pencegahan kehamilan kerana dikatakan “kurang seronok”.

Menurut kajian itu lagi, 30% remaja sentiasa memikirkan seks setiap hari dan merasa sangat bahagia. Selebihnya pula hanya sekadar ingin mencuba dan mengikut kehendak teman lelaki yang dicintai.

Oleh kerana aktiviti tidak bermoral ini semakin menjadi-jadi, kadar kehamilan di kalangan remaja yang belum berkahwin menjadi isu sosial yang amat membimbangkan di negara ini apabila statistik menunjukkan terdapat peningkatan kes pada setiap tahun.

Ibu bapa dan semua pihak perlu segera berkerjasama dalam menangani masalah seks sebelum berkahwin dari terus meningkat - Sumber

Muslihat licik puak-puak liberal !


Cadangan beberapa ahli akademik serta aktivis untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan sebagai amat berbahaya.

Inisitiaf yang dikenali sebagai Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) tersebut bermatlamat antaranya menjadikan dokumen negara sebagai garis panduan kepada penggubalan undang-undang negara.

RMP digerakkan oleh lebih 100 individu berpengaruh di kalangan masyarakat awam, termasuk pakar perlembagaan berfikiran liberal, Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi; ahli akademik, Prof Dr Tan Chong Tin; peguam, Firdaus Husni serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar.

Ianya sangat bercanggah dengan nilai kemurnian perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Di dalam Rukun Negara tidak dinyatakan secara jelas tentang kedudukan Islam, sebaliknya hanya menyatakan kepercayaan kepada Tuhan.

Cadangan tersebut akan mengakibatkan Islam diletak sama taraf dengan agama-agama lain yang mana bertentangan dengan Perlembagaan.

Rukun Negara juga tidak menyatakan kedudukan orang Melayu yang juga termaktub dalam Perlembagaan mengakibatkan hak-hak orang Melayu secara halus akan terhakis.

Cadangan tersebut merupakan pemikiran liberal yang mahu menghapuskan Islam dan kedudukan orang Melayu.

Kumpulan tersebut mengalu-alukan rakyat Malaysia supaya tampil menyokongnya menerusi tandatangan selama tiga bulan sehingga 30 April dan akan dipersembahkan kepada raja-raja.

Tuesday, 24 January 2017

Make America Great Again


WASHINGTON DC – Satu dunia tentu maklum dengan kempen Donald Trump ketika pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang turut mempopularkan slogan ‘Make America Great Again’.

Menerusi kempen itu, beliau yang juga presiden tertua dalam sejarah AS berjanji mengutamakan negara tersebut termasuk membatalkan perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia melibatkan 12 buah negara iaitu TPPA.

Malah antara intipati ucapan sulung Trump, 70, apabila secara rasmi dilantik sebagai presiden AS ke-45 di sini pada Jumaat ialah pentadbiran beliau lebih mengutamakan “beli produk AS dan peluang pekerjaan untuk warga AS”.

Namun menurut agensi berita antarabangsa Reuters, ungkapan popular itu penuh dengan ironi apabila tinjauan mendapati topi besbol dengan ayat ‘Make America Great Again’ pun ialah buatan China, Vietnam, dan Bangladesh.

Beberapa penyokong tegar Trump yang ditemui turut terperanjat apabila mengetahui bahawa topi kempen yang dipopularkan Trump dan dipakai mereka di kepala selama ini ternyata bukan produk buatan firma AS sendiri.

Rob Walker, 44; yang memandu kereta ke Washington dari Georgia bersama-sama isterinya, Abby, 36; sempat singgah di tempat rehat trak semata-mata hendak membeli topi bertuliskan ‘Make America Great Again’ itu.

“Oh Tuhan, semoga ini bukan buatan China,” kata Abby sebelum membalikkan topi tersebut untuk memastikan jangkaannya salah tetapi kemudian melihat label pada topi: “Made in China! Jangan beritahu sesiapa ya!”

Sebenarnya topi Trump ini mudah dibeli sepanjang kempen Trump dan pada mulanya memang dibuat di sebuah kilang tekstil terkenal iaitu Cali-Fame di Los Angeles, California yang dijual pada harga AS$25 (kira-kira RM111).

Walhal tinjauan mendapat ia dijual lebih murah oleh peniaga jalanan hanya AS$20 (hampir RM89). Ironi lebih 80 peratus pekerja di kilang seluas 2,800 meter persegi itu ialah warga Mexico, negara jiran yang cukup dibenci Trump!

Sementara itu, Joshua Roja, 25; dan Alyssa Young, 28; yang sanggup datang dari jauh di Texas untuk menyaksikan pelantikan Trump di sini turut mengenakan topi warna merah jambu bertuliskan ‘Make America Great Again’.

“Saya langsung suka dengan corak topi ini sebaik sahaja saya kali pertama melihatnya. Saya bahkan membelinya di luar sana dari seorang penjual tepi jalan dengan harga AS$20,” kata dia tetapi apakah itu memang buatan AS?

Young menjawab: “Saya tidak tahu di mana sebenarnya topi ini dibuat. Biar saya periksa terlebih dulu ya.” Dia kemudian menyelak topinya dan memeriksa label pada bahagian belakang. “Oh tidak! Buatan Vietnam!” teriak dia.

Hal serupa menimpa Victoria Scott, 13; dan adiknya, Andrew Scott, 12; yang mengenakan topi ‘Make America Great Again’ apabila mendapati topi yang dibeli pada harga AS$25 itu adalah buatan China. Namun mereka tidak peduli.

Andrew yang tertarik untuk memeriksa topinya turut menjerit “Banglakes?” dalam nada kehairanan setelah meriksa label pada topinya. Bapa mereka kemudian segera membetulkan ayat anaknya itu. “Bangladesh.”

Manakala Robert Morrison dari Queens, New York, mengenakan topi “Make America Great Again” yang dia beli dari jalanan pada harga AS$20 dan dia juga mengenakan topi kelab bola lisut tempatan terkenal New York Yankees.

Sebagai mana yang lain, lelaki ini terkedu apabila mendapati ia buatan China! Padahal dalam pidatonya, Trump memikat masyarakat dengan ucapan yang garang konon mempertahankan maruah AS sebagai kuasa besar dunia.

“Mulai sekarang, jadikan AS yang utama. Kita akan ikut dua pendekatan sederhana ini, Buy American and hire American!“ jelasnya merujuk keutamaam produk buatan AS dan pekerjaan untuk rakyat AS. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Alahai .... drama Melayu pukul 7.00 pm!

Drama Melayu memang sembab, macam sudah kemaruk idea hingga akhirnya, maruah agama dan bangsa pun boleh digadai demi rating TV.  
Drama Melayu sudah sampai ke tahap menggambarkan orientasi cara hidup Islam Melayu seperti langsung ditiru sembrono dari kaca mata Barat. Malah, sensasinya sudah melangkaui semua aspek sosio budaya kehidupan tanpa batasan.

Kita tidak mengharap banyak kemurnian dalam drama Melayu, memandangkan drama hanya alat mengejar rating.

Ini era idea desparado diperlukan untuk menguasai syer tontonan. Demi rating, sudut gelap libido Melayu boleh dipacu hingga tafsiran ceritanya seperti dipacu nafsu haiwan.

Drama bukan lesen idea tanpa batas dan tidak bertanggungjawab. Produser akan berkata, Lembaga Penapis Filem (LPF) luluskan dan JAKIM pun tidak memberi respon. 

Namun, itu bukan kayu ukur moral yang tunggal. Tanggungjawab dan kematangan wajar melebihi desakan untuk mengejar rating!

Puak desparado TV sentiasa berusaha mencari rating. Alasan plot dan elemen dramatik akan digunakan secara klise untuk menjadikan maruah atau agama bukan halangan pada elemen dramatik di TV.

Kepada penerbit drama dan operator stesyen TV, jangan biarkan rasa desparado mengejar rating, memaksa kita bertuhankan trend cerita tanpa batas.

Perahlah otak sikit untuk mendapatkan idea yang matang. Kita hanya perlu sedikit kreatif, dan perasaan malu-alah pada nilai agama dan budaya untuk mencipta idea yang berguna.

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...