| Hanya tinggal kenangan! |
Adakah rumah di Malaysia mampu milik atau mampu tengok,
selari dengan purata pendapatan rakyat di Malaysia?
Rumah merupakan keperluan asas atau dhoruriyyat dalam
kehidupan manusia sejajar konsep maqasid syari’ah.
Tetapi realitinya, mejoriti projek perumahan di Malaysia
berada di luar kemampuan pendapatan rakyat iaitu 4.4 kali ganda berbanding
pendapatan purata rakyat RM4585 ke bawah (sumber : Demographia Malaysia)
Terengganu, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur
dan Sabah adalah antara negeri yang sangat kritikal ketidakmampuan rakyatnya
untuk memiliki rumah sendiri.
Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan
Perumahan Malaysia (REHDA), sebuah institusi pro-pemaju menyatakan industri
hartanah bagi setengah tahun 2016 menunjukkan bahawa perumahan yang dibina
dibawah RM200K dan ke bawah hanya sekitar 14% dari keseluruhan unit perumahan
yang ditawarkan.
Perumahan yang berharga RM300K dan ke atas mendominasi
pasaran perumahan iaitu lebih daripada 50%.
Berdasarkan Laporan Bank Negara tahun 2015, harga rumah
RM165,060 dikategorikan sebagai mampu milik.
Majoriti rakyat di negara ini berpendapatan RM4,585 kebawah,
maka rumah mampu milik adalah antara RM165,060 dan RM242,000.
Malangnya, hanya 21% sahaja rumah mampu milik yang dibina,
lebihan penawaran adalah bagi hartanah bernilai RM500K dan ke atas.
Isu perumahan negara juga masih gagal ditangani dengan
efektif sejak pelaksanaan RPGT, Moratorium, Stamp-duty serta beberapa inisiatif
lain.
Hingga kini, kerajaan masih gagal menyentuh pemerkasaan
aspek penawaran perumahan mampu milik dan mengekang kenaikan harga rumah yang
berlipat kali ganda.
Faktor penawaran perumahan mampu milik yang rendah, harga
rumah mahal tidak terkawal, serta pendapatan rakyat yang statik dan bebanan
yang terus-menerus meningkat telah menyukarkan mejoriti rakyat mempunyai rumah
sendiri.
No comments:
Post a Comment