Cadangan beberapa ahli akademik serta aktivis untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan sebagai amat berbahaya.
Inisitiaf
yang dikenali sebagai Rukun Negara Mukadimmah Perlembagaan (RMP) tersebut
bermatlamat antaranya menjadikan dokumen negara sebagai garis panduan kepada
penggubalan undang-undang negara.
RMP
digerakkan oleh lebih 100 individu berpengaruh di kalangan masyarakat awam,
termasuk pakar perlembagaan berfikiran liberal, Prof Emeritus Datuk Dr Shad
Saleem Faruqi; ahli akademik, Prof Dr Tan Chong Tin; peguam, Firdaus Husni
serta aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar.
Ianya
sangat bercanggah dengan nilai kemurnian perlembagaan yang meletakkan Islam
sebagai agama persekutuan.
Di
dalam Rukun Negara tidak dinyatakan secara jelas tentang kedudukan Islam,
sebaliknya hanya menyatakan kepercayaan kepada Tuhan.
Cadangan
tersebut akan mengakibatkan Islam diletak sama taraf dengan agama-agama lain
yang mana bertentangan dengan Perlembagaan.
Rukun
Negara juga tidak menyatakan kedudukan orang Melayu yang juga termaktub dalam
Perlembagaan mengakibatkan hak-hak orang Melayu secara halus akan terhakis.
Cadangan
tersebut merupakan pemikiran liberal yang mahu menghapuskan Islam dan kedudukan
orang Melayu.
Kumpulan
tersebut mengalu-alukan rakyat Malaysia supaya tampil menyokongnya menerusi
tandatangan selama tiga bulan sehingga 30 April dan akan dipersembahkan kepada
raja-raja.
No comments:
Post a Comment