Thursday, 26 January 2017

Pemimpin Melayu berakal kontot!


Orang Melayu mesti menolak mana-mana pemimpin yang sanggup menggadaikan maruah dengan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) semata-mata mahu mendapatkan sokongan politik.

Terdapat segelintir pemimpin Melayu kebelakangan ini semakin ‘kemaruk’ dengan undi kaum Cina sehingga sanggup menjadikan UEC sebagai bahan tawar menawar politik.

Sikap pemimpin yang sanggup menggadai prinsip, maruah agama dan bangsa semata-mata un­tuk undi pilihan raya merupakan pengkhianatan terbesar kepada orang Melayu. 

Apakah mereka tidak sedar bahawa UEC jelas tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

Kelmarin di dalam satu majlis anjuran DAP di Bentong, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Pembangkang, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan bahawa pakatan pembangkang akan mengiktiraf UEC sekiranya mereka menang pilihan raya umum akan datang. 

Beliau menyifatkan isu UEC sebagai penting, malah mendakwa lebih 500,000 pelajar telah menduduki peperiksaan itu sejak diperkenalkan pada 1975.

Namun begitu di dalam reaksi maklum balas, ketegasan dan langkah berani Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa UniKL milik penuh MARA tidak mengiktiraf UEC adalah langkah yang wajar dan tepat.


Pemimpin Melayu harus tidak pentingkan faedah politik jangka pendek sehingga sanggup menggadaikan kepentingan nasional. 

Pemimpin-pemimpin Melayu sewajarnya bermuafakat ke arah membentuk dan memperkasakan pendidikan satu aliran dan bukannya bermuka tebal ‘kemaruk’ undi kaum Cina untuk jadi YB!

Jangan jadi pemimpin Melayu berakal kontot!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...