Menurut kajian, sebanyak 60% gadis di Malaysia kehilangan dara seawal
usia 14 tahun dan sebanyak 24% pernah melakukan hubungan seks dengan 5 kekasih
berlainan.
Ini berdasarkan satu soal selidik yang dilakukan kepada 2,800 gadis
berusia 18-25 tahun di sebuah universiti tempatan dengan kerjasama
YouthSaysdotcom.
Lebih membimbangkan lagi, 6 dari 10 orang gadis di Malaysia seawal usia
18 tahun yang kebanyakannya beragama Islam mengaku telah kehilangan dara.
Kebanyakan remaja mengakui mereka mengenali tentang seks melalui
rakan-rakan, filem pornografi serta media sosial.
Selain itu, 74% dari remaja yang pernah berzina tidak memakai kondom
sebagai alat pencegahan kehamilan kerana dikatakan “kurang seronok”.
Menurut kajian itu lagi, 30% remaja sentiasa memikirkan seks setiap hari
dan merasa sangat bahagia. Selebihnya pula hanya sekadar ingin mencuba dan
mengikut kehendak teman lelaki yang dicintai.
Oleh kerana aktiviti tidak bermoral ini semakin menjadi-jadi, kadar
kehamilan di kalangan remaja yang belum berkahwin menjadi isu sosial yang amat
membimbangkan di negara ini apabila statistik menunjukkan terdapat peningkatan
kes pada setiap tahun.
Ibu bapa dan semua pihak perlu segera berkerjasama dalam menangani
masalah seks sebelum berkahwin dari terus meningkat - Sumber

No comments:
Post a Comment