Sejak tersebar gambar-gambar selfi dan video lapan remaja yang memanjat
papan tanda gergasi ‘IPOH’ Isnin lalu, ‘terbongkar’ banyak lagi aksi remaja di negara
ini memanjat bangunan tinggi dalam keadaan berbahaya di laman sosial.
Bukan setakat memanjat mercutanda Ipoh tetapi juga pencawang
TM serta bangunan tinggi yang lain.
Aksi tersebut dikenali sebagai buildering atau scaling iaitu
memanjat bangunan tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan.
Bukan sahaja memanjat bangunan tinggi tetapi juga diselitkan
dengan aksi ‘parkour’ iaitu sejenis seni pergerakan badan yang bertujuan
bergerak dari satu tempat ke tempat lain sepantas mungkin.
Pastinya, setiap aktiviti lasak tersebut dirakam dan dimuat
naik di laman sosial untuk tontonan ramai.
Namun, tindakan tersebut dianggap melanggar undang-undang
jika tiada kebenaran daripada pemilik premis ataupun pihak kerajaan tempatan.
Bagi rakyat di luar negara, aksi ekstrem untuk berselfi sememangnya
telah menjadi satu perkara biasa sehingga ada individu maut akibat ‘kegilaan’
mengambil foto dari aras yang tinggi.
Pada Oktober 2015, seorang remaja Rusia yang gemar membuat
aksi ekstrem antaranya bergayut di puncak bangunan maut selepas terjatuh dari
tingkat 9 ketika cuba berselfi.
Kes itu bukan pertama kali dilaporkan kerana kejadian sama
berlaku di Manila, Filipina pada 2016 apabila seorang pelajar perempuan jatuh
dari tingkat 20 sebuah kondominium ketika memanjat tembok untuk aktiviti selfi.
Walaupun, banyak kejadian maut ketika berselfi di atas
bangunan tinggi terjadi di luar negara namun ia tidak memberikan impak kepada
anak muda di negara ini untuk dijadikan pengajaran.
Sebaliknya, seolah-olah mencabar diri dan mahu membuktikan
yang golongan muda di negara ini juga mampu setanding di peringkat antarabangsa
dari segi sifat ‘bongoknya’ disebabkan tidak menggunakan alat-alat keselamatan
yang sepatutnya.
Mungkin ia bukan satu yang mustahil namun aksi esktrem ini
perlu dilakukan dengan adanya ciri keselamatan supaya tidak kemalangan yang
membabitkan kematian berlaku.
Ia adalah satu kerugian kepada negara jika ada generasi muda
yang berbakat dalam aktiviti sukan parkour ini tidak digunakan sebaik-baiknya
malah disia-siakan dengan aksi ekstrem tanpa mementingkan ciri keselamatan.
Hebat sungguh anak-anak dara comel kat Ipoh nih, boleh jadikan bini nih, boleh mintak tolong panjat pokok petai pulak!!!!

No comments:
Post a Comment