Firman Allah: “Bertanyalah kepada Ahli Zikir (Ulama) jika
kamu tidak mengetahui” [An Nahl 43].
Ini tanda-tanda akhir zaman yang berlaku dan kita lihat di
dalam negara cukup menular pandangan orang dari golongan politik lebih
diagungkan-agungkan pendokong berbanding para ulama.
Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman
(Mufti Pahang) : “Apa yang saya sampaikan sebelum ini adalah untuk pengetahuan
masyarakat umum dan tidak menyerang peribadi sesiapa termasuk Dr. Mahathir.
Saya hanya sampaikan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
“Saya tidak kisah jika sesiapa pun
termasuk Dr. Mahathir hendak menyerang peribadi saya, tetapi janganlah
menyentuh agama kerana memburuk-burukkan ulama, seolah-olah memburuk-burukkan
agama”.
Tan Sri Harussani
Zakaria ( Mufti Perak): “Kalau beliau tidak mahu minta maaf dan berpegang
kepada pendiriannya, itu terpulanglah kepada beliau. Saya tak mahu campur lagi
dalam isu ini”.
Sebaliknya beliau menegaskan, terpulang kepada mantan PM itu dengan
pandangannya.
Datuk Mohamad
Shukri Mohamad (Mufti Kelantan) : “Kalau sampai peringkat tuduh kena bayar, tak perlu komen apa-apalah”.
Beliau sangat kecewa dengan tuduhan Dr.
Mahathir itu dan menyerahkan kepada rakyat untuk menilainya.
- Utusan
No comments:
Post a Comment