Pengerusi MARA sepatutnya membawa
agenda Bumiputera secara berterusan dan relevan dengan perubahan persekitaran
bukannya membuka ruang seluas-luasnya kepada pemegang sijil UEC yang tidak
pernah diiktiraf oelah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengiktirafan ke atas sijil ini
sering menjadi tuntutan utama Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga
Sekolah-sekolah Cina Malaysioa (Dong Jiao Zong) dan ahli jawatankuasanya (Dong
Zong).
Terdapat tiga tahap dalam UEC: Vokasional
(UEC-V), Senior (UEC-JML/SUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC).
Bahasa Cina menjadi bahasa
penghantar bagi kurikulum dan peperiksaan UEC-V dan UEC-JML, manakala bahasa
Inggeris adalah bahasa penghantar bagi Matematik, Biologi, Kimi, Fizik, Simpan
Kira, Perakunan dan Perdagangan.
MARA sepatutnya berperanan di
atas landasannya selaku socioeconomic engineering agency dan sentiasa relevan
di atas fungsi utamanya dalam agenda kemajuan pendidikan bagi melahirkan
golongan professional Bumiputera yang masih ketinggalan.
Kefahaman Pengerusi MARA tentang
konsep Universiti Teknikal MARA ini telah lari dari objektif asas penubuhannya.
Jika UniKL dibuka seluas-luasnya kepada lulusan UEC,
kelak akan menutup ruang sebahagian anak-anak Bumiputera di peringkat
pertengahan teknikal bagi meningkatkan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi
pendidikan MARA iaitu di university tersebut.
Semua maklum, UniKL merupakan
apex pendidikan TVET yang menyediakan pengajian anak-anak Bumiputera sehingga
ke PhD bagi melengkapkan generasi professional Bumiputera untuk menghadapi
cabaran mendatang.
No comments:
Post a Comment