Tuesday, 17 January 2017

Ada ke patut KAPCAI dilarang memasuki KL?

Dalam keadaan ekonomi negara yang suram, cadangan Pak Menteri untuk melarang kapcai memasuki Kuala Lumpur adalah satu cadangan yang mendiskriminasi rakyat berpendapatan rendah. 

Ketika harga minyak dan barang semakin meningkat, dan jaringan pengangkutan awam dari pintu ke pintu masih tidak lengkap, larangan ini adalah sangat kurang bijak, tidak bertanggungjawab dan jika dilaksanakan, ianya menindas rakyat.

Dasar yang ingin dilaksanakan usahlah mendatangkan pelbagai masalah dan membebankan rakyat merhain yang hidupnya di KL umpama, kais pagi makan pagi.

Cadangan Pak Menteri yang menimbang larangan kapcai memasuki KL bagi mengurangkan kesesakan, kadar pelepasan karbon dan kapcai yang sering digunakan dalam jenayah ragut adalah satu tuduhan melulu.

Larang tersebut juga secara langsung akan beri kesan negatif kepada perniagaan kecil dan sederhana yang memerlukan perkhidmatan kiriman, yang rata-ratanya menggunakan kapcai untuk penghantaran barang secara ekonomi.

Pak Menteri, tolonglah fahami permasalahan rakyat merhain kerana mejoriti  pengguna kapcai rata-ratanya adalah berpendapatan rendah!

Seluruh rakyat mempunyai hak yang sama menikmati hidup mencari rezeki sesuap nasi di kota raya ini kerana KL bukan hanya milik golongan kaya-kaya sahaja! 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...