Dia mengatakan insurans motosikalnya tamat pada 31 Ogos
lalu. Dia beri alasan tidak mampu perbaharui insurans sebab kadarnya meningkat
kepada RM130 berbanding RM100 sebelumnya.
Tak tahu insurans jenis motosikal cupcai apa yang dia
maksudkan?
Komprehensif, pihak ketiga, atau pihak ketiga beserta
kecurian dan kebakaran?
Cuma jika dirujuk pada kadar insurans yang dikenakan di laman maklumat insurans
ini, ia tidaklah seperti yang lelaki itu katakan. Lainlah jika dia mahu
insurans yang lebih baik, mempunyai nilai premium yang lebih tinggi dan
sebagainya.
Video berkenaan dimuat naik pada 7 September 2016. Insuransnya tamat tempoh
pada 31 Ogos 2016. Jika harga insurans motorsikalnya RM130 sekalipun, benarkah
dia terlalu papa kedana?
Jika lihat bukti, semestinya dia seorang yang tidak terlalu miskin dan sudah
tentu seorang terpelajar. Dia mampu memiliki telefon bimbit yang boleh merakam
video dan memuatnaik video itu di Youtube, calang-calang orang chikai boleh
buat kerja-kerja viral begini.
Jadi apa alasan yang munasabah sehingga dia tak mampu memperbaharui
insurans motorsikal itu?
Atau dia tidak memiliki daya pemikiran yang berkualiti?
Atau mindanya yang agak lemah itu telah berjaya dipengaruhi propaganda
pihak tertentu sehingga menyebabkan dia gagal berfikir dengan waras?
Dia gagal berfikir secara rasional dan gagal bermuhasabah diri sendiri.
Walaupun memiliki gajet pintar menandakan kemodenan gaya
hidup, mungkin akalnya masih lagi terperangkap dalam minda dunia kelas ketiga.
Lebih menyedihkan, dia seorang Melayu dan kita amat bersimpati
pada lelaki berkenaan.
Aku Pohon 1000 kemaafan jika lelaki itu tersinggung.
Bukanlah berniat menghina, namun kesal dengan tahap minda yang dimilikinya itu.
Diharap dan didoakan semoga hatinya lebih cekal dan tidak
meletakkan kesalahan diri sendiri pada orang lain….ameeen.

No comments:
Post a Comment