Istilah troll atau trolling adalah slanga internet yang
sengaja memulakan perbalahan di internet dengan meninggalkan komen hasutan atau
‘cari pasal’ di dalam talian.
Troll ada di semua platform media sosial seiring sifat
internet yang menjadi semakin sosial sifatnya.
Troll ada di semua platform interaksi seperti Facebook,
Twitter Reddit dan Instagram yang menyediakan ruang komen balas.
Troll biasa akan membuka akaun palsu menggunakan profil anda
untuk ‘mengenakan’ anda. Mereka juga
menggunakan nama samaran dan profil palsu/pseudonym untuk menyerang peribadi
anda.
Ketika anda meletakkan ruangan komen di blog, forum atau
platform media sosial, troll akan menggunakan nama samaran, menyerang dengan
menggunakan kata-kata kesat, sensitif dan memutar belit kenyataan pandangan dan
kenyataan anada.
Troll bukan sekadar berbeza pandangan dengan anda, tetapi menlontarkan
pelbagai tuduhan dan provokasi melampau yang akan menaikkan kemarahan.
Walaupun anda telah menjawab pelbagai soalan yang
dilontarkan, tetapi mereka terus-terusan menyerang anda secara peribadi. Di
sini anda harus faham, troll bukan menyerang anda hanya di dalam posting anda,
tetapi menyerang anda secara individu.
Mereka sengaja membangkitkan emosi pengunjung laman web atau
rangkaian sosial kerana suka melihat sesuatu perkara itu dalam sudut negatif
kerana mereka berkemungkinan seorang psikopat, sadis, anti sosial, narsisisme,
pemarah, antisosial, tertekan dan sedih.
Troll merupakan manusia yang gilakan perhatian kerana mereka
tidak popular dalam dunia sebenar sebab itu mereka biasanya menyerang manusia
popular seperti ahli politik dan artis supaya mereka nampak lebih hebat.
Sesiapa boleh manjadi troll kerana identiti sebenar tidak
boleh dikesan secara langsung dan mereka berselindung di sebalik nama dan
profil samaran.
Jika anda terkena provokasi troll, abaikan sahaja atau anda
boleh troll mereka semula dengan bertanyakan pelbagai soalan tentang topik.
Mereka biasanya tidak menjawab sebab mereka cetek ilmu
pengetahuan dalam topik yang dibincangkan atau mereka tidak mahu di troll oleh anda
pula.
Peringatan: Apabila seseorang memuatnaik komen yang bersifat
jelek yang menyakiti individu lain, anda boleh didakwa mengikut Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Hukuman: Denda RM50K atau penjara selamat tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika sabit.
No comments:
Post a Comment