Wednesday, 28 September 2016

Tak Fasih BM Patutnya Lebih Malu!


Ramai mengutuk TPM ketika berucap di UNGA ekoran tidak petah berucap dalam sebutan Bahasa Inggerisnya. 

Inilah masalah orang Melayu, bila ada orang Melayu cuba bercakap Bahasa Inggeris diperlekehkan  bangsa sendiri.

Begitu jugalah yang terjadi kepada pelajar-pelajar dan graduan Melayu sekarang bila nak nak bercakap bahasa Inggeris.

Sekurang kurangnya TPM mempunyai keberanian berucap di pentas antarabangsa tanpa memerlukan text ucapan.

Beliau bukannya  produk berlatar belakang sekolah Inggeris seperti Penang Free School, MCKK, Kolej Tentera, Victoria Institution atau  yang mendapat pendidikan di sekolah elit berasrama.

Jadi , mahu atau tidak sebagai pemimpin negara, beliau perlu menghadapi ujian ini dan pentas UNGA merupakan platform antarabangsa yang besar buat dirinya.

Sebagai rakyat, kita sepatutnya memberi kredit di atas usaha TPM  ini dan apa intipati ucapan  yang disampaikan mudah difahami.

Beliau boleh saja menggunakan Bahasa Malaysia seperti ditegur Exco Kerajaan Selangor Iskandar Abd Samad tetapi masih memilih Bahasa Inggeris yang lebih  sukar.

Alahai Naib Presiden PAS,jangan jadi pemimpin hipokrit. Anda menyuruh TPM bercakap Bahasa Melayu tetapi anda komen di FB "for benefit of facebook friends all over the world" 

Sebenarnya  soal pelat @ loghat  tak menjadi masalah. Tengok Ban Kim Moon atau PM India, ada kita dengar bangsa Korea dan India  persoalkan loghat Inggeris mereka?

Kepada YB Iskandar dan rakannya terutama dari DAP yang sedang ketawakan TPM, mereka sepatutnya cermin diri dulu adakah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan baik.

Ini kerana ada wakil rakyat DAP sendiri yang berbahasa Malaysia ketika berucap di Parlimen pun kelaut  dan itu sepatutnya yang patut dimalukan!

Tahniah TPM DS Zahid Hamidi dan pedulikan kritikan dan sindiran oleh puak sebelah sana seolah-olah mereka pakar dan petah berucap dalam Bahasa Inggeris. 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...