kita kena la jadi Muslim yang bijak,
yang tahu menghormati privasi orang lain, yang memastikan suatu info itu tepat
dan sahih baru kongsikan.
Jangan jadi Muslim yang suka share
atau memviralkan sesuatu perkara, asal dapat info kat Whatsapp, FB tanpa
selidik sumber yang sahih iaitu info masih lagi di level khabar angin terus
sebar tanpa berfikir panjang.
Seperti juga dengan berita kematian, sudah berapa ramai dah orang mati hidup
balik sebab ramai sangat kongsikan berita tak betul cakap orang itu dah
meninggal sedangkan dia masih hidup.
Itu belum dikira lagi dengan orang yang mereka-reka cerita fiksyen tapi dikatakan kisah benar konon atas nama nak berdakwah atau nak memberi pengajaran.
Itu belum dikira lagi dengan orang yang mereka-reka cerita fiksyen tapi dikatakan kisah benar konon atas nama nak berdakwah atau nak memberi pengajaran.
Nabi melarang orang reka hadis palsu
atas nama baginda. Nabi sendiri tidak mengajar kita boleh menipu untuk
berdakwah. Kalau cerita rekaan, katakan cerita rekaan.
Islam bukan agama yang disebarkan
melalui cara penipuan atau perkara-perkara yang bersumberkan cerita-cerita
israeliat.
Janganlah excited sangat, bila atas
nama Islam sahaja segala maklumat yang kita perolehi melalui media sosial kita
forward.
Golden rule on sharing 'Islamic Good
News' adalah ‘jangan share’. Seriously, post berbaur:
- Orang terkenal masuk Islam, seperti angkasawan masuk Islam kerana dengar azan di bulan.
- Keajaiban Allah seperti kalimah Allah muncul di dalam buah, awan, ombak tsunami, batu atau objek berbentuk manusia bersujud, berdoa dan sebagainya. Namun ada juga kalimah-kalimah dan perlambangan-perlambangan dari agama lain turut muncul dari benda-benda yang dinyatakan.
- Tanda kiamat sudah kelihatan disebabkan api telah keluar dari dalam tanah, walhal ianyanya bekas lombong gas yang terbakar di Turkmenistan.
- Objek 'Malikat' terbang berlegar-legar di atas Kaabah pada malam Lailatulkadar?
Tunjuk kita sebagai umat yang cerdik dan first class dan bukan umat yang low class dengan berkongsi maklumat-maklumat rekaan yang merendah-rendahkan
martabat Islam seluruhnya.
No comments:
Post a Comment