Tuesday, 27 September 2016

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah : Pindaan Akta 355



Orang Islam di Malaysia sepatutnya menyokong pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang bertujuan memartabatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.

Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam sepatutnya menyokong pindaan tersebut apabila ia dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Sebagai orang Islam, ianya memang wajib menyokong.

Sebagai seorang Muslim, kenapa tidak mahu melihat perkara baik berlaku dalam Mahkamah Syariah?

Sebelum ini, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terlalu rendah tahapnya.

Jika diberi sedikit kuasa, apa masalahnya?

Bertolong-tolang untuk membantu dalam hal-hal kebaikan, kebajikan dan taqwa merupakan benda yang baik dan sangat dituntut di dalam Islam.

Pindaan Akta 355 sebelum ini dipinda sebanyak dua kali tanpa sebarang masalah ataupun mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.

Tentangan terhadap pindaan Akta 355 banyak dikemukakan oleh ahli-ahli politik Islam sendiri disebabkan mereka mempunyai kepentingan menjaga hati sekutu-sekutu di kalangan non Muslim mereka.

Walhal jika akta tersebut diluluskan, ia hanya bertujuan meningkatkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah dan seterusnya memertabatkan Islam itu sendiri.

Why?



No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...