Sunday, 11 September 2016

AMBIL TINDAKAN PALING TEGAS KERANA MENGHASUT!


Soalan BM Kertas 2 UPSR yang disebarkan ini kononnya kerajaan memburukkan kaumbukan Melayu.

Tindakan menyebarkan soalan berbaur perkauman yang didakwa sebagai sebahagian daripada peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016, merupakan satu agenda jahat untuk menanamkan politik kebencian antara kaum dan memburukkan warga kerja Kementerian Pelajaran yang komited mendidik anak bangsa.

Kenyataan Kementerian Pelajaran:

Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 berbaur perkauman seperti yang disebarkan di media sosial.

Hasil siasatan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati soalan itu bukan soalan yang terdapat dalam peperiksaan berkenaan.

Kementerian Pendidikan amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar ini. Sebenarnya soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh Lembaga Peperiksaan melalui proses penilaian bagi memastikan kecukupan kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

Pihak Lembaga Peperiksaan amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutama dalam konteks soalan peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sebelum ini, timbul dakwaan wujud unsur perkauman dalam soalan UPSR 2016 bagi peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 2 seperti yang tersebar di media sosial.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...