PERMAINAN Pokemon Go sudah boleh dimainkan di Malaysia
dan ia merupakan khabar gembira buat peminat-peminat permainan peranti pintar
itu dan ‘bakal-bakal pelatih Pokemon’.
Meskipun tiada pengumuman rasmi di Malaysia, permainan itu
dilihat sudah boleh dimuat turun oleh pengguna pengguna iOS masing-masing
menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
Perkara tersebut turut diumumkan oleh pentadbir akaun
TwitterPokemonGoApp bahawa pemain-pemain Pokemon Go sudah berada di 15 buah
negara di Asia.
Negara-negara tersebut adalah Brunei, Kemboja, Indonesia,
Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New
Guinea, Fiji, Solomon Islands, Federated States of Micronesia dan Palau.
Pengguna Facebook menerusi halaman ‘Pokemon Go Malaysia’
telah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik paparan skrin mereka
bermain permainan tersebut yang rata-ratanya adalah berbangsa Melayu dan
beragama Islam.
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli
Mohamad al-Bakri mengumumkan bahawa Jatawankuasa Perundingan Hukum Syarak
Wilayah Perseketuan tidak membenarkan umat Islam bermain permainan video itu
atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.
Rupanya kuasa Pokemon Go lebih hebat dari Mufti, mengapa?

No comments:
Post a Comment