Berdasarkan laporan terbaharu Pasaran Buruh yang
dikeluarkan setiap enam bulan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), buat
julung kalinya sejak Jun 2012, jumlah pemohon kerja melebihi bilangan jawatan
kosong.
Dalam kalangan warganegara Singapura sendiri, kadar
pengangguran naik daripada 2.6%kepada 3.1%manakala mereka yang
bertaraf penduduk tetap pula, ia naik daripada 2.7%kepada 3.0%.
Mereka yang berlatar belakang pendidikan tinggi juga tidak
terkecuali, dengan kadar pengangguran dalam kalangan graduan pemegang ijazah
dari universiti dilaporkan meningkat teruk kepada paras tertinggi sejak 2009.
Pengambilan pekerja secara keseluruhannya naik hanya 4,200,
berbanding 13,000 pada suku sebelumnya dan 9,700 jika dibandingkan dengan suku
yang sama setahun lalu, tambah laporan perangkaan MOM tersebut.
Sejumlah 4,800 pekerja diberhentikan kerja dalam suku kedua
berbanding masing-masing hanya 4,710 pekerja pada suku sebelumnya dan 3,250
pekerja pada tempoh yang sama setahun lalu.
Ini adalah kadar pemberhentian pekerja suku kedua yang
tertinggi direkodkan MOM sejak 2009, yang menyaksikan 5,980 orang terpaksa
diberhentikan kerja, menurut laporan kementerian berkenaan lagi.
Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan
secara kesluruhannya, 9,510 pekerja diberhentikan kerja dalam separuh pertama
tahun ini, juga jumlah tertinggi sejak 2009. – Agensi
No comments:
Post a Comment