Saturday, 17 September 2016

Kenyataan ahli parlimen yang tidak siuman!


Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun harus memadamkan posting beliau di Twitternya yang sungguh  biadap, kurang ajar dan rasis berhubung pemergian tokoh agama terkenal, Datuk Dr Haron Din. 

Kenyataan biadap dan rasis Jeff Ooi Ahli Parlimen Jelutong ke atas pemergian Allahyarham Dr. Haron Din jelas menunjukkan sikap tidak waras pemimpin DAP ini seolah-olah tidak ada perasaan dan tidak langsung mempamerkan sifat kemanusiaan.

Dalam keadaan negara sedang bersedih apabila menerima berita pemergian seorang tokoh agama yang dihormati, tidak sepatutnya Jeff Ooi bersikap kurang ajar dan menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. 

Adakah "adios" sesuai untuk diucapkan kepada orang yang sudah meninggal dunia?

Budaya biadap beginilah yang terus memisahkan dan membeza-bezakan rakyat Malaysia.

Tidak mustahil ahli DAP yang lain akan terpengaruh dengan tingkah laku biadap Jeff Ooi ini. Jika seorang ahli parlimen sebijak beliau berperangai seperti orang hilang kewarasan, maka tidak hairan lah jika ahli di bawah pimpinannya turut terpengaruh dan berkelakuan seperti beliau.

Sebelum ini, ramai ahli DAP tidak mempunyai perasaan dan banyak menulis mengenai anti Islam kerana dipengaruhi oleh manusia yang biadap dan kurang ajar seperti Jeff Ooi ini.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive / Blog Arkib

LimkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...