Seorang pengguna telefon pintar telah berada di Timur Tengah selama 12 hari dilaporkan telah menerima satu 'kejutan' bil telefon berjumlah RM122,703 untuk khidmat 'data roaming'.
Satu lagi kes berlaku untuk perjalanan selama empat hari ke Singapura dan
pengguna dikenakan caj sebanyak RM23,000 kerana memeriksa e-mel dalam tempoh
tersebut.
Melayari internet di telefon bimbit semasa di luar negara boleh menjadikan bil
anda melambung tinggi.
Jika tidak berhati-hati, ia boleh berakhir dengan caj data yang dikenakan
melebihi harga sebuah kereta. Nama-nama besar juga tidak terkecuali berdepan
situasi ini.
Seorang "mangsa" yang dikenakan caj yang tinggi adalah Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menerima
'bil kejutan' selepas perjalanan yang singkat ke Indonesia pada 2013.
"Saya hanya menggunakan 'data roaming' selama beberapa minit sehingga
akhir penginapan saya tetapi saya telah dikenakan bil sejumlah RM4,500 untuk
itu," katanya dipetik dari The Star.
Dalam kes lain, Sara Kamal (bukan nama sebenar), 45, mengadu bahawa dia telah
dihantar bil berjumlah RM23,000 selepas menggunakan servis 'data roaming'
selama empat hari semasa perjalanan urusan perniagaan ke Singapura pada tahun
2011.
"Saya terkejut apabila saya mendapat bil seperti itu kerana saya hanya
memeriksa e-mel saya semasa makan tengah hari dan makan malam ketika berada di
sana.
Syarikat telekomunikasi berkata ia disebabkan data roaming saya sentiasa
diaktifkan. Walaupun bil saya telah diselesaikan oleh syarikat, saya rasa ia
sangat tidak patut," katanya.
No comments:
Post a Comment