Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang cukup unik
dan di dalamnya tinggal pelbagai bangsa yang menganuti pelbagai agama
dengan masing-masing memahami bahawa bangsa Melayu serta Bumiputera dan agama
Islam itu punya kedudukan tersendiri yang dijamin perlembagaan tanpa menafikan
hak bangsa dan agama lain.
Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah kemudiannya
terlibat dalam beberapa siri konfrontasi, banyak pengajaran yang sebenarnya
menjadi kayu ukur atau penanda aras dalam usaha Malaysia melakar kejayaan demi
kejayaan sehinggalah ke hari ini.
Kita semua sedar bahawa tiap keringat dan jasa bakti mereka
yang terdahulu sebelum kita cukup bermakna bahkan tiada galang gantinya.
Keringat sehingga menitiskan darah itu bukanlah sesuatu yang
biasa-biasa , malahan ada jiwa dan roh yang telah terkorban dalam perjuangan
tersebut semata-mata untuk melihat dan paling tidak pun memastikan bumi bertuah
ini kekal menjadi sebuah negara Merdeka seperti mana yang kita warisi hari ini.
Yang jelas mereka yang telah berjasa dan telah meninggalkan
kita itu tidak pernah rasanya menuntut imbuhan sebagai ganti kepada perjuangan
mereka tetapi pasti mereka mahu melihat apa yang telah terhidang hari ini
dipelihara sebaik mungkin agar generasi seterusnya dan seterusnya dapat merasai
hasil dan nikmat yang lahir daripada kudrat perjuangan mereka-mereka yang
terdahulu.
Persoalannya siapakah yang seharusnya lebih sedar dalam
memikul amanah ini ?
Dalam konteks orang Melayu dan Bumiputera khususnya adakah
kita masih selesa untuk membiarkan kumpulan yang kini semakin dimamah usia
menjadi benteng dan barisan paling hadapan mempertahankan apa yang kita akui
sebagai hak paling jelas di sebut dalam perkara 153 yang selama ini dicemburui
oleh bangsa-bangsa lain?
Rasanya sudah tiba masanya para belia dan anak-anak muda
Melayu dan Bumiputera bangkit atas kesedaran bahawa kitalah generasi pewaris
yang perlu segera belajar menjadi dewasa dan memikul tanggungjawab besar
memastikan legasi yang sedang menanti lonjakan ini terus terlonjak.
Dalam situasi hari ini kita akui bahawa ianya bukanlah satu
perkara mudah tetapi kita perlu cepat sedar bahawa jika kita gagak faham dan
gagal memahamkan sebahagian besar anak-anak muda ini maka kita sebenarnya
sedang memperjudikan masa depan kita sendiri.
Sebahagian dari kita mungkin mengambil pendirian mudah
dengan bersikap lepas tangan tetapi pernahkah kita terfikir kenapa agaknya
anak-anak muda bangsa lain khusunya dari kaum cina berlumba-lumba mendapatkan
hak dan mendaftar sebagai pengundi?
Disinilah sebenarnya kelemahan kita!
Kita gagal untuk sedar bahawa hak sebagai pengundi itu
adalah perkara paling utama apabila bergelar warganegara Malaysia kita juga
gagal untuk sedar bahawa hak sebagai pengundi itu sebenarnya cukup hebat dan
ianya lebih hebat dari AK47 sebenarnya.
Percayalah hanya dengan satu undi sahaja hak majoriti
orang-orang Melayu mamapu dilucutkan dari kedudukannya!
Percayalah hanya dengan satu undi sahaja Malaysia yang kita
anggap sebagai tempat hidup mati orang Melayu dan Bumiputera ini akan
melenyapkan segala keistimewaan dikecapi selama ini!
Buanglah ego yang hanya membinasakan itu sebaliknya
tampillah dengan tahap rasional sebagai seorang anak muda Melayu serta Bumiputera untuk melihat ke hadapan.
No comments:
Post a Comment